Sabtu, 27 Mei 2017

Daripada Cinta Dunia Kepada Cinta Akhirat

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله جعل النصيحة وصيلة بين المؤمنين، والصلاة والسلام على خير من نصح إلى العالمين، سيدنا محمد خاتم النبيين 
.وعلى آله وصحبه نجوم الهدى والدين، وبعد





Segala puji bagi Allah s.w.t. yang menjadikan nasihat sebagai sarana perhubungan antara orang yang beriman. Selawat dan salam ke atas sebaik-baik rasul yang memberi nasihat kepada seluruh alam, penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. dan penutup para nabi, beserta ahli keluarga dan para sahabat sebagai pembawa petunjuk dan agama. 

Syukur kepada Allah s.w.t. kerana sekali lagi kita dapat bertemu setelah sekian lama muhajir tidak mengemaskini blog ini yang mungkin sesetengah pembaca mengharapkan sesuatu yang baru daripada muhajir. Mohon maaf jikalau tidak dapat menyediakan ilmu yang cukup untuk kalian semua. Dan in shaa Allah, muhajir akan datangkan pada kali ini sebuah kisah yang mungkin menghadirkan hati-hati kita semua dengan cahaya iman kepada Allah s.w.t.. 

Debuan Tawassul Cinta adalah sebuah cerpen yang mana muhajir mengolah dan menulis dengan sendirinya berdasarkan sumber-sumber yang sahih. Cerpen ini sedikit sebanyak membawa kepada pembaca berkaitan dengan sebuah kisah cinta yang bukanlah hanya sekadar kisah cinta manusia tetapi cinta yang lebih agung dan suci. Latar belakang cerpen ini bertemakan seorang wanita yang jahil lagi fakir mengharapkan sesuatu perubahan yang berlaku ke atas dirinya. Dia berhijrah ke sebuah kota yang didiami oleh ulama-ulama yang masyhur dan kota yang dikenali sebagai kota para wali-Nya Allah s.w.t.. 

Dia memilih untuk belajar di kota tersebut dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang menimpa dirinya ketika menetap di kota tersebut. Halangan demi halangan dia hadapi dengan hanya berpandukan susuk tubuh dirinya yang cekal lagi tabah dengan bantuan sahabat-sahabat yang menimba ilmu dan kebijaksanaan guru-guru yang membimbing dia untuk menjadi seorang wanita yang luar biasa seperti Sayyidatina Fatimah az-Zahra bintu Muhammad s.a.w..

Cerpen ini hanyalah sebuah imaginasi muhajir dalam membayangkan bagaimana betapa mulianya jikalau seseorang wanita itu mengharapkan cinta Allah s.w.t. daripada segala isi dunia ini sepertimana kisah-kisah cinta wanita salafus soleh yang terdahulu. Watak-watak dalam cerpen ini kebanyakannya diolah berdasarkan pengalaman muhajir dalam merujuk karya-karya ulama dan para-para asatizah yang melampirkan rujukan-rujukan yang bermanfaat untuk muhajir mengemukakan dalam bentuk sebuah cerpen yang mungkin sedikit sebanyak boleh memberi inspirasi kepada pembaca.

Tidaklah diambil watak-watak tersebut untuk menyalahgunakan atau mempunyai maksud yang batil, tetapi muhajir ingin membawa pembaca-pembaca agar menghayati rujukan-rujukan para ulama dan asatizah. Muhajir ingin memohon maaf jikalau cerpen ini membawa kepada ketidakselesaan kepada para pembaca mahupun yang bertaraf ilmuwan. Cerpen ini hanyalah sekadar dakwah bagi muhajir dan tidak ada kena mengena dengan ancaman atau kebatilan dalam  menyampaikan ilmu.

Begitulah harapan muhajir agar kita sama-sama meneliti bagaimana kehidupan di sebuah kota tersebut yang membawa kita cinta kepada Rasul s.a.w. dan cinta kepada Allah s.w.t.. Mohon maaf jikalau terlalu panjang memberikan sinopsisnya kerana jahil diri ini dalam menyampaikan ilmu Allah s.w.t., wallahu'alam.   

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وبارك وسلم والحمدلله رب العالمين

Sabtu, 22 Februari 2014

Al-Habib Sholeh Bin Muhammad al-Jufri

الحمد لله الذي علم بالقلم ، علم الانسان ما لم يعلم ، وصلاة والسلام على سيدنا محمد أفصح العرب والعجم ، خاتم النبيين والمرسلين وعلى آله وأصحابه الطاهرين خيرالأمم . أما بعد ،



Kalam al-Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad : 


"Mencintai orang-orang soleh ini adalah sa’adah yakni 
kebahagiaan dunia dan akhirat. Awal darjat kesolehan seseorang itu adalah 
apabila mereka mencintai orang-orang soleh yang dahulu. 
Mencintai ulama. Orang yang tidak mencintai orang soleh maka
 ianya bukan daripada kalangan orang-orang yang soleh."


Berdasarkan kalam al-Imam al-Qutub al-Haddad di atas, dapat kita rungkaikan bagaimana kelahiran orang-orang soleh di atas muka bumi ini adalah nikmat daripada Allah s.w.t. bagi seluruh manusia sekalian alam. Oleh itu, muhajir ingin membawa biografi seorang ulama yang masyhur di bumi Indonesia khususnya, iaitu al-Habib Sholeh bin Muhammad al-Jufri. Diharapkan agar para pembaca menghayati kisah ulama ini supaya rasa cinta kepada beliau berputik dalam hati kita menjadi sinar cahaya kesyukuran kepada Allah s.w.t.. Artikel ini hanya diulang dan dialih kepada bahasa Melayu dan ditambahbaikan oleh muhajir, moga-moga kita mendapatkan manfaat bersama.



Habib Sholeh al-Jufri termasuk generasi pertama pelajar-pelajar dari Indonesia yang dididik oleh Habib Umar al-Hafidz di Darul Musthofa, Tarim, Hadhramaut. Beliau terkenal sebagai penterjemah yang handal dari Surakarta. 



Wajah Habib Sholeh kerap muncul di acara maulid atau kegiataan perayaan hari besar Islam. Beliau tampil sebagai pembicara pertama yang menggunakan bahasa Arab sangat fasih. Tentu bagi para jemaah yang tidak mengetahui bahasa Arab, akan mengalami kesulitan untuk menyemak isi tausiah pertama. Tetapi dengan kehadiran Habib, tausiah daripada pembicara pertama tadi dapat disemak dan dipetik hikmahnya kata-kata mutiara. Satu persatu isi tausiah, oleh Habib yang berusia 37 tahun ini, diterjemahkan dengan lancar dan tepat.


Itulah Habib Sholeh bin Muhammad Al-Jufri, selama ini memang lebih banyak dikenali sebagai penterjemah handal, khususnya bagi tetamu dari Timur Tengah. Habib Sholeh Al-Jufri, kerap kali para muhibbin memanggil Habib yang dilahirkan di Surakarta pada 30 September 1970. Selain dikenal sebagai penterjemah, beliau juga mengisi kegiatan sehari-hariannya sebagai Pengasuh Pondok Pesantren Darul Musthofa di Desa Salam RT 01/03, Kecamatan Karang Pandan, Kabupaten Karanganyar, Jawa Tengah, Indonesia.


Zaman kecilnya, Habib Sholeh banyak dididik oleh kedua orang tuanya di Surakarta. Selain itu, ayahnya juga mengundang guru mengaji ke rumahnya. Sehingga pendidikan sejak kanak-kanak sampai usia remaja, telah nampak susuk tubuh pada Habib Sholeh akan menjadi seorang da'i. Selain itu, beliau juga mengikuti pengajian di Zawiyah Habib Anis Al-Habsyi di Gurawan, Solo, mulai 1985. 


Ketika menghadiri kelas dua SMP(Sekolah Menengah Pertama), beliau sudah bergabung dengan ahli-ahli dakwah di luar kota dan menyebarkan dakwah ke luar kota seperti berdakwah ke daerah Tapanuli, Padang, Lampung, bahkan sampai ke luar negeri, seperti ke Singapura, Malaysia, Brunei dan lain-lain. Ketika itu, beliau bergabung dengan para da'i yang ada di Kota Solo seperti Ustaz Abdulrahiem, KH Ikhwan, KH Dimyati, KH Jamil, dan lain-lain lagi.


Pada tahun 1990, beliau berkesempatan berkunjung ke India dan Pakistan untuk berziarah sekaligus bertemu dengan para alim ulama yang ada di dua negeri itu. Ketika di Pakistan itulah beliau bertemu dengan salah seorang Ustaz dari Yaman. Pada waktu itu Habib Sholeh belum fasih berbahasa Arab, dan akhirnya dia menggunakan pengantar bahasa Inggeris dan bercakap dengan Ustaz dari Yaman tersebut. Ternyata setelah berkenalan, Ustaz dari Yaman itu mempunyai sebuah madrasah dan menawarkan Habib Sholeh untuk belajar di Yaman Utara.


Akhirnya pulang dari Pakistan, beliau semakin bergiat dengan persiapan-persiapan untuk berangkat ke sana. Pada akhir tahun 1993, beliau baru mendapat izin daripada kedua orang tua untuk berangkat seorang diri ke Yaman dengan berbekalkan alamat daripada seorang Ustaz yang dikenalinya di Pakistan. 

Setibanya di Yaman, beliau terus menuju berdasarkan alamat yang dipegang dan setelah mencari sejenak, akhirnya beliau menemukan alamat tersebut. Di tempat tersebut, Habib Sholeh belajar dengan Habib Musa bin Kadhim As-Segaff dan Habib Abdurahman bin Hafizh (adik beradik Habib Umar).

Melalui kedua gurunya itulah, Habib Sholeh mengetahui bahawasanya Habib Musa bin Kadhim dan Habib Abdurrahman adalah anak murid kepada Habib Umar Al-Hafizh, sehingga timbul dalam hatinya untuk belajar dengan Habib Umar. Beliau akhirnya mendapatkan izin belajar dengan Habib Umar di Hadhramaut. 

Ketika dia akan berangkat ke Hadhramaut, ternyata di Yaman sedang tercetusnya perang saudara antara Yaman Utara dan Yaman Selatan. “Waktu itu, kita boleh melihat peluru dan bom yang bergelimpangan di atas kepala. Apalagi saat itu cuaca sedang cerah kerana musim panas yang luar biasa. Akibatnya kita tidak boleh tidur di dalam kamar, kerana estalase listrik juga mati (habis). Mahu tidak mahu, kita tidur di atas bangunan (atap rumah). Alhamdulillah saya berada di tempat itu dan dalam keadaan aman. Baru ketika dipastikan keadaan Yaman sudah aman betul, saya baru boleh berangkat ke Hadramaut,” katanya.

Ketika situasi perang sudah mulai reda, gencatan senjata pun sudah jarang terjadi, beliau segera berangkat menuju ke Tarim. Kota yang pertama kali ditujunya adalah Kota Syihr, iaitu tempat belajarnya di Ribat (pesantren) Musthofa. 

Setelah menetap lebih kurang 1 bulan di Ribat Musthofa, barulah beliau ke Tarim untuk bertemu dengan Habib Umar untuk meminta izin menetap di  Darul Musthofa, Tarim. 

Pada ketika itu, Habib Umar berada di Syihr dan ketika bertemu dengan Habib Sholeh, Habib Umar secara tidak langsung tertarik untuk mengambil Habib Sholeh sebagai anak muridnya. Waktu itu, murid-murid dari Indonesia yang telah sampai kini sudah menetap selama dua bulan di Darul Musthofa. Generasi awal yang belajar bersama dengan Habib Umar bin Hafidz adalah Habib Jindan bin Novel Salim Jindan, Habib Munzir Al-Musawa, Habib Shodiq Baharun, Habib Quraisy Baharun, dan lain-lain lagi. "Jadi, Untuk kedatangan ke Tarim mereka dua bulan lebih dulu. Tapi kalau kedatangan ke Yaman, saya lebih dahulu,” ujarnya iaitu Habib Sholeh al-Jufri.

Kesan Tarim

Hari-hari di Darul Musthofa, Tarim dilalui dengan indah oleh Habib Sholeh. Setiap hari, waktu dimanfaatkan sebenar-benarnya untuk belajar dan mengkaji ilmu agama. Apatah lagi keinginanannya untuk menguasai bahasa arab secara mendalam, dapat diperoleh di Ribat, yang terkenal telah menghasilkan ratusan ulama daripada berbagai belahan dunia itu. 
“Saya sangat terkesan sekali di Darul Musthofa.Walau daripada kecil saya mengembara dakwah dengan para Ustaz senior saya di Surakarta, dalam hati saya masih ada celah kekosongan. Itu semuanya saya peroleh di Darul Musthofa. Habib Umar duduk di situ, istilahnya batin saya sangat terpenuhi dengan ilmu dan kerohanian daripada Habib Umar,” katanya. 

Uniknya, selama belajar di Darul Musthofa, beliau banyak sekali mendapatkan keajaiban-keajaiban yang ditemukan baik secara zahir mahupun batin. Setiap kali dia mempunyai permasalahan-permasalahan dan pertanyaan-pertanyaan di hati, kalau tidak mendapat jawapan daripada Habib Umar dengan lisan, akan terjawab melalui mimpi. “Sehingga sembuh kalau ada keraguan atau yang bingung terpenuhi di antaranya lewat mimpi. Ini sungguh luar biasa bagi saya. Seperti tanah yang kering kemarau sangat lama, kemudian terkena hujan,” kata Habib Sholeh.

Selama di Darul Mustofa, beliau pernah menjadi petunjuk kepada rakan-rakan seniornya, satu angkatan seperti Habib Munzir, Habib Hadi Alaydrus dan lain-lain dengan izin Habib Umar beliau bergabung dengan Jamaah Tabligh. Beliau menjalinkan kerjasama itu, di mana selama seminggu sekali, pelajar-pelajar diberi latihan untuk berdakwah. 

Setelah beberapa bulan, akhirnya Habib Umar Al-Hafidz memutuskan gerakan dakwah para pelajar untuk berdikari atau berdiri sendiri. “Sampai sekarang, langkah dakwah para pelajar Darul Musthofa masih berjalan, mulai daripada yang mingguan dan bulanan,” tuturnya.

Di mana, setiap hari Khamis pagi, para pelajar Darul Musthofa diwajibkan untuk berangkat dakwah ke suatu daerah dan baru boleh pulang pada Jumaat pagi keesokannya. Sistemnya adalah pelajar-pelajar membuat rombongan, kemudian iktikaf di masjid dan berdakwah, dengan mengisi khutbah Jumaat atau ceramah setelah solat Jumaat.

Selama di Tarim, banyak sekali kenangan indah yang selalu dialaminya. Tarim menurut Habib Sholeh, memiliki adat yang luar biasa dan sudah terbentuk oleh salaf ratusan tahun yang lalu. “Saat Ramadhan dimaksimumkan untuk hari ibadah. Di mana di Tarim sudah menjadi tradisi untuk menghidupkan suasana malam yang luar biasa, jarang ditemui di negeri –negeri lain,” katanya.

Keistimewaan Tarim lainnya, kata Habib Sholeh, kota para wali ini merupakan sebuah madrasah yang besar bagi siapa saja yang datang dan mengambil ilmu. ”Tarim adalah sebuah kota Kecamatan, tapi kecamatan itu menjadi sebuah Madrasah yang besar. Bukan madrasah yang kecil dengan yayasan tertentu. Kecamatan Tarim adalah sekolah-sekolah, di situ dibentuk tradisi yang sudah ratusan tahun,” terangnya.

Di Tarim, majlis–majlis taklim diadakan dari pagi sampailah malam. Seperti selesai solat Subuh di tempat Sayyidina Alaydrus dan selesai solat Dhuha di tempat Mufti Bafadhal dan lain-lain. ”Uniknya, majlis taklim yang ada itu umurnya sudah ratusan dan tempat majlis taklimnya tidak berubah. Ilmu yang diajarkan selalu sama dan kitab-kitabnya selalu relevan untuk menjawab permasalahan-permasalahan zaman sekarang,” katanya.

Orang–orang yang masuk atau mengikuti majlis boleh membayangkan, dahulu orang-orang besar (para waliyullah) pernah duduk di situ, lanjutnya. “Dari Sayyidinia Abu Bakar Sakran, Faqih Muqaddam, dan lainnya, sehingga timbul suasana haru dan khusyuk bila hadir di majlis taklim. Demikian pula yang mengajar, kerana yang mengajar harus muasis yang pertama (atau masih keturunan dari pengasuh majlis taklim),” ucapnya.

Wajar ada sebuah pepatah orang Tarim yang berbunyi, “Tarim adalah guru bagi orang yang tidak punya guru.” Sehingga orang berjalan di mana-mana tidak akan kekeliruan, kerana akan boleh ditunjukkan oleh posisi kota Tarim sendiri.

Selama menimba ilmu di Darul Musthofa, selain belajar langsung dengan Habib Umar Al-Hafidz, beliau dan 29 pelajar Indonesia juga belajar dengan para alim ulama dan keturunan orang-orang besar yang ada di sana. Pada waktu itu, sememangnya sistem pelajaran Darul Musthofa, 50% pelajaran didapati di pondok, dan 50% selainnya belajar di majlis-majlis taklim dengan ulama-ulama seperti Habib Hasan Syatiri, Habib Salim Syatiri, Habib Abdullah bin Shahab, Habib Mashur Alaydrus, Syekh Fadl Bafadal, Habib Sa’ad Alaydrus dan lain-lain.

“Habib Umar hanya mendampingi, bahkan kerana sayangnya Habib Umar kepada kita, beliau membawa kereta sendiri. Kadang kita jalan kaki sampai 5 kilometer, dalam suasana panas, dan menembus gelap malam. Ini merupakan pendidikan mental zahir dan batin,” katanya. 

Dakwah di Solo

Pada Tahun 1998, beliau bersama dengan generasi pertama yang belajar di Darul Musthofa, pulang ke tanah air dengan secara langsung dihantar oleh Habib Umar sendiri. Setelah pulang, beliau turut serta dalam majlis taklim Habib Anis bin Alwi bin Ali Al-Habsyi. “Habib Anis ini sifatnya suka membantu pemuda yang berdakwah. Istilahnya mengorbitkan. Santri diminta mengisi ceramah di maulidnya Habib Anis, bergiliran dengan penceramah-penceramah yang lain. Kemudian juga kita diberi kesempatan dalam acara-acara yang ada di Zawiyah Riyadh, seperti acara Khataman Bukhari, Rauhah, Khutbah Jumat di masjid Assegaff dan mengisi pengajian di masyarakat setempat,” jelas ayah kepada yang mempunyai tujuh anak ini (empat lelaki, tiga perempuan). 

Baru pada tahun 1999, medio Juni, beliau bekerja bersama dengan teman-teman di Solo mendirikan sebuah pondok pesantren yang direstui oleh Habib Anis dan Darul Musthofa Tarim. "Semula menyewa tempat (di kota Solo). Alhamdulillah pada tahun 1999 dibuka dan dihadiri oleh para tokoh-tokoh yang ada di Solo seperti Habib Anis Al-Habsyi dan Ustaz Nadjib As-Seggaf,” katanya.

Setelah dakwah berjalan, pada tahun 1999 ada penderma yang menawarkan untuk membeli tanah wakaf. Beliau kemudian meminta saranan daripada Habib Anis. “Kira-kira, tanah wakaf yang bagus untuk pesantren di bawah Tawangmangu, tapi letaknya di atas Karanganyar,” kata Habib Sholeh menirukan Habib Anis.

Akhirnya, dipilihlah Desa Salam, Kecamatan Karangpandan, Kabupaten Karanganyar sebagai tempat pondok pesantren dibina. Rupanya, pilihan Habib Anis itu memang tepat dan mempunyai maksud yang baik kerana daerah Karangpandan itu berhawa sejuk, “Kalau daerah Tawangmangu terlalu dingin, di Karanganyar itu sudah panas. Jadi tidak perlu selimut kalau malam, dan AC kalau siang. Tempatnya bagus, udaranya sejuk dan nyaman untuk belajar, itu semua berkah dari Habib Anis,” terang Habib Sholeh.



Pada tahun 1999 itu juga, akhirnya beliau boleh membeli tanah dan pembangunan pun dimulakan pada tahun 2000 dan yang meletakkan batu pertama adalah Habib Anis Al-Habsyi, Habib Muhammad bin Alwi As-Seggaf. Setahun berikutnya dibuka oleh Habib Anis dan Habib Umar bin Hafidz.

Sehingga kini, jumlah pelajar yang menetap di Darul Musthofa (Karangpandan), berjumlah 50 orang di dalam dan khoriji (di luar) mempunyai sekitar 300 lelaki dan perempuan. Kurikulum, pendidikan pesantren 95% mengambil kurikulum Darul Musthofa, Tarim. 5% adalah tambahan penyesuaian dengan keadaan di Indonesia.Walaupun Darul Musthofa Karangpandan itu dikira masih baru, tapi kedatangannya mampu memberikan manfaat dan boleh diterima oleh masyarakat.

Hal ini tidak lepas daripada cara pendekatan dakwah yang disebar, yakni membangunkan pola perkongsian dengan masyarakat setempat. “Pesantren ikut serta dalam kegiatan-kegiatan sosial dan keagamaan yang ada di masyarakat, seperti kegiatan khitanan masal setiap tahun, santunan anak yatim, zakat fitrah, Idul Adha, dan kita menerjunkan murid-murid ke masyarakat. Sehingga masyarakat betul-betul merespon,” katanya.

Selain itu, di Darul Musthofa Karangpandan, beliau juga mengadakan pengajian rutin mingguan khusus untuk muslimah. Serta pembacaan Ratibul Haddad pada setiap minggu (tiap Minggu Pon) yang dihadiri oleh masyarakat setempat. 

Menurut Habib Sholeh, pasti akan ada cabaran dalam berdakwah di pesantren justeru bukan dari luar, namun secara prinsip cabaran itu pada diri sendiri. “Asal kita punya niat bersungguh-sungguh dan semangat yang istiqamah serta ikhlas. Insyaallah tidak ada tantangan,” katanya.

Dakwah, katanya, haruslah dilandasi dengan prinsip kasih sayang. Bahkan terhadap orang-orang yang memusuhi kita pun, wajib kita sayangi kerana orang-orang yang memusuhi dakwah itu  belum memahami. "Terhadap orang yang memusuhi, kita datangi dan kasih hadiah. Dengan adanya silaturahim akhirnya mereka dari memusuhi, paling tidak menjadi pasif. Sampai akhirnya bisa jadi simpatik,” katanya. 

Begitulah sedikit sebanyak yang ingin muhajir berikan kepada pembaca-pembaca mengenai al-Habib Sholeh bin Muhammad al-Jufri. Mungkin terdapat kesalahan-kesalahan dalam penterjemahan muhajir yang mungkin pembaca-pembaca tidak memahaminya, namun mohon maaf atas segala kekurangan ilmu dalam penyampaian berkenaan sumber ilmiah ini. Mudah-mudahan dengan kehadiran al-Habib Sholeh bin Muhammad al-Jufri dapat kita mengambil seberapa banyak iktibar dan mencontohi akhlak beliau dalam berdakwah serta mendoakan beliau agar sentiasa dilimpahkan barakah dan rahmah ke atas beliau, wallahu'alam.

Sumber :

[1] https://pecintahabibana.wordpress.com/


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وبارك وسلم والحمدلله رب العالمين


   

Jumaat, 21 Februari 2014

Tawasul Cahaya Musibah

الحمد لله الذي علم بالقلم ، علم الانسان ما لم يعلم ، وصلاة والسلام على سيدنا محمد أفصح العرب والعجم ، خاتم النبيين والمرسلين وعلى آله وأصحابه الطاهرين خيرالأمم . أما بعد ،


Segala puji bagi Allah s.w.t. yang menjadikan nasihat sebagai sarana perhubungan antara orang yang beriman. Selawat dan salam ke atas sebaik-baik Rasul yang memberi nasihat kepada seluruh alam, penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. dan penutup para Nabi, beserta ahli keluarga dan para sahabat sebagai pembawa petunjuk agama (kalam al-Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid).

Sudah menjadi fitrah manusia, apabila menghadapi kesusahan, ketegangan atau saat kegentingan, dia akan gelisah dan bimbang tidak menentu. Bagi yang tidak nampak jalan penyelesaian, akan putus asa dan kecewa sehingga dia marah kepada Allah dan putus harap dengan Allah s.w.t..

Bagi yang dapat mengawal dirinya, dia akan sabar dan meredhai apa yang berlaku seterusnya bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah, mengharap rahmat Allah. Mengharap bantuan Allah dan pertolongan-Nya, di saat genting itu, dia akan  menyebut Rasulullah, orang-orang soleh, amalan-amalannya yang baik agar dipandang Allah, lalu menyatakan hasrat dan rintihan hatinya. Banyak dalil-dalil yang menunjukkan adanya tawasul dalam Islam. Allah sendiri mengajar kita agar bertawasul untuk mendekatkan diri kepada-Nya.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Ma'idah ayat ke 35 yang
 bermaksud: 

"Wahai orang-orang beriman, hendaklah kalian bertaqwa kepada Allah 
dan carilah wasilah (jalan atau cara) yang mendekatkan (diri kalian) kepada-Nya."




Memang nyata dengan bertawasul cepat mendapat bantuan Allah. Bertawasul juga merupakan usaha terakhir yang berkesan. Nabi Adam a.s yang telah melakukan dosa melanggar larangan Allah, telah bertahun-tahun lamanya menangis meminta keampunan Allah, tetapi tidak diterima. Sehinggalah Nabi Adam bertawasul kepada Rasulullah s.a.w..

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setelah Nabi Adam terbuat dosa memakan buah khuldi, dia berkata kepada Tuhannya: "Ya Tuhanku, dengan kebenaran Nabi Muhammad s.a.w., aku mohon ampunan-Mu."

Allah bertanya: "Bagaimana engkau mengenal Muhammad pada hal dia belum Aku ciptakan?"

Nabi Adam menjawab: "Ya Tuhanku, setelah Engkau menciptakan aku dan meniup roh ke dalam jasadku, kuangkat kepalaku, kulihat pada tiang-tiang 'Arasy termaktub kalimah La Ilaha Il lallah Muhammadar Rasulullah. Sejak itu aku mengetahui di samping nama-Mu selalu terdapat nama makhluk yang tentu Engkau cintai".

Allah menegaskan: "Hai Adam, engkau benar. Dia memang makhluk yang paling Aku cintai. Berdoalah kepada-Ku dengan kebenarannya, engkau pasti Ku-ampuni. Kalau bukan kerana Muhammad engkau tidak Kuciptakan."

Begitulah Allah akan memandang dan menolong mereka yang menyebut orang-orang yang dicintai-Nya. Jadi kita yang banyak dosa dan selalu lalai dengan Allah, sudah sepatutnya bertawasul dengan orang-orang yang Allah cintai, iaitu orang-orang yang taat dan hatinya dekat dengan Allah, cinta dan takut akan Allah. Berkat daripada itu semoga kita akan mendapat perhatian dan pertolongan Allah. Tawasul dengan Rasulullah  adalah sesuatu yang digalakkan kerana beliaulah penolong umat manusia, yang bakal memberi syafaat di akhirat kelak.

Dalam hal bertaubat memang perlu bersungguh-sungguh supaya ia pasti Allah ampunkan dan dosa itu tidak diperhitungkan di akhirat kelak. Untuk kita bertaubat sungguh-sungguh, mengaku dan menyesal di hadapan Allah, bertawasullah sebagaimana yang pernah dilakukan oleh para sahabat.

Al-Utbah bercerita: "Pada suatu hari ketika aku duduk bersimpuh di makam Rasulullah s.a.w., tiba-tiba datanglah seorang Arab Badwi. Di depan makam itu beliau berkata: "Assalamualaika Ya Rasulullah. Aku telah mengetahui bahawa Allah telah berfirman:

"Sesungguhnya ketika mereka berbuat zalim terhadap diri mereka sendiri, 
segera datang kepadamu (hai Muhammad) kemudian memohon ampunan 
kepada Allah dan Rasul pun memohonkan ampunan bagi mereka, 
tentulah mereka akan mendapati Allah Maha Penerima Taubat 
lagi Maha Penyayang". 

Sekarang aku datang kepadamu, ya Rasulullah, untuk mohon ampunan kepada Allah atas segala dosaku, dengan syafaatmu, ya Rasulullah..." Setelah mengucapkan kata-kata itu, dia lalu pergi. Beberapa saat kemudian al-Utbah tidur dan dalam tidurnya, dia bermimpi melihat Rasulullah berkata: "Hai Utbah, susulilah segera Badwi itu dan beritahukan kepadanya bahawa Allah telah mengampuni dosa-dosanya."

Sudah sepatutnya kita bertawasul untuk memohon ampun, memohon hajat dan lain-lain untuk kebaikan, dengan menyebut orang-orang yang Allah cintai, yang Allah kasihi, dan dimuliakan, dengan itu moga-moga doa kita cepat mendapat perhatian dan diterima serta dimakbulkan. Doa kita tidak terjamin makbulnya lantaran kita masih banyak dosa, menjadi hijab dengan Allah. Perbandingannya samalah seperti kita hendak mengadap raja atau meminta sesuatu hajat dari raja, mestilah melalui menteri-menterinya atau kenalan raja, baru mudah untuk bertemu dan mendapat perhatiannya.

Di antara contoh-contoh untuk bertawasul ialah: "Ya Allah, aku bertawasul dengan Nabi dan Rasul-Mu, mohon kepada-Mu..." Seterusnya sebutkanlah apa-apa yang dihajati. Contoh yang lain: "Ya Allah, aku mencintai si Fulan, aku yakin dia seorang yang mencintai-Mu, ikhlas kepada-Mu dan mengabdikan diri kepada kebenaran-Mu. Ya Allah, aku pun yakin bahawa Engkau mencintainya dan redha kepadanya. Kerana itu dengan kecintaanku kepadanya dan dengan keyakinanku akan keutamaannya, aku bertawasul mohon ampunan dan rahmat-Mu..." dan seterusnya sebutkan apa yang dihajati. Boleh juga bertawasul dengan amalan baik kita dengan berkata: "Ya Allah, aku telah melakukan sesuatu yang Engkau sukai, berkat dari amalanku itu aku bermohon..."

Berdoa dengan bertawasul adalah sunat, bermakna ia mendapat pahala disebabkan bertawasul, menambahkan kecintaan kepada Rasulullah dan orang-orang yang Allah muliakan. Ia juga mendorong untuk kita menjadi baik dan mencontohi orang-orang yang Allah muliakan itu. Di samping hajat kita terjamin ditunaikan, kita mendapat ketenangan dengan usaha-usaha kita tanpa putus asa dengan rahmat Allah.

Begitulah hakikatnya seorang yang beriman, doa menjadi senjatanya. Yakin dengan janji Allah dan gembira dengan apa yang Allah suka. Bertawasul dengan orang yang Allah kasih itu sebagai tanda ia menyenangkan Allah, wallahu'alam.

Sumber : http://alawiyyin.bravepages.com/


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وبارك وسلم والحمدلله رب العالمين



Syeikh Tambuh Ali Bin Syeikh Baqir Al-Farisi r.a.

الحمد لله الذي علم بالقلم ، علم الانسان ما لم يعلم ، وصلاة والسلام على سيدنا محمد أفصح العرب والعجم ، خاتم النبيين والمرسلين وعلى آله وأصحابه الطاهرين خيرالأمم . أما بعد ،


Syeikh Tambuh Ali Bin Syeikh Baqir al-Farisi



Puji-pujian bagi Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat dan ke atas kekasih mulia Nabi Muhammad s.a.w. muhajir panjatkan selawat dan salam ke atas baginda. Dalam masa yang sama, muhajir telah mengisahkan tentang wali Allah yang sangat masyhur di Nusantara iaitu al-Habib Husein bin Abu Bakar Alaydrus. Tetapi pada kali ini, muhajir ingin membawa pula salasilah seorang wali Allah yang jarang didengari dan dikenali iaitu Syeikh Tambuh Ali bin Syeikh Baqir al-Farisi daripada keturunan Salman al-Farisi r.a.. 

Serba terperinci akan muhajir ceritakan mengenai beliau dan moga-moga para pembaca menghayati penulisan ini dengan hati yang suci dan bersih agar sama-sama kita menerapkan rasa cinta kepada ulama ini.


Beliau adalah Syeikh Tambuh Ali Bin Syeikh Baqir (Syeikh Subakir) bin Abdullah bin Ali bin Ahmad bin Ali bin Ahmad bin Abdullah bin Ahmad bin Muhammad bin Ahmad bin Ali bin Abu Bakar bin Salman bin Hasyim bin Ahmad bin Badrudin bin Barkatullah bin Syafiq bin Badrudin bin Omar bin Ali bin Salman al-Farisi.

Beliau dilahirkan pada tanggal 20 Ramadhan 787 H di Demak, Indonesia. Wafat pada 21 Syawal 1021 H di Condro, Itali. Beliau pernah menuntut ilmu agama di Masjidil Haram Mekah selama 10 tahun. Beliau pada waktu siang berpuasa, membaca al-Qur’an pada malam hari, zikir pada waktu malam dengan bertakbir dan membaca selawat pada siang hari. Asal beliau adalah dari Parsi atau sekarang dikenali dengan nama Iran. Tarekat beliau adalah Tarekat Maghribiyyah.


Isteri-isteri beliau adalah Cut Nazilah dari Aceh, Sheikhah Aisyah Binti Muhammad Al Marbawi dari Aceh, Signorita Miguela dari Portugis, dan Roro Wulandari Bibi dari Minak Koncar Lumajang. Keturunan-keturunan beliau tersebar di beberapa Bangsa.

Wilayah dakwah beliau meliputi daerah Lumajang dan sekitarnya. Perjuangannya menyebarkan agama Islam memberi pencerahan mengatasi kegelapan dan kemusyrikan masyarakat. Dengan keramatnya, semua manusia dan haiwan tunduk menuruti ajakan beliau dengan senang hati.

”Dalam lagenda yang beredar di Pulau Jawa dikisahkan, sudah beberapa kali utusan dari Arab, untuk menyebarkan Agama Islam di Tanah Jawa khususnya, dan Indonesia pada umumnya telah gagal secara besarnya. Disebabkan orang-orang Jawa pada waktu itu masih kukuh memegang kepercayaan lama. Dengan tokoh-tokoh ghaibnya masih sangat menguasai bumi dan laut di sekitar Pulau Jawa. Para ulama yang dikirim untuk menyebarkan Agama Islam mendapat halangan yang sangat berat,meskipun berkembang tetapi hanya dalam lingkungan yang kecil, tidak boleh berkembang secara meluas. Secara besar dapat dikatakan gagal. Maka diutuslah Syeikh Subakir untuk menyebarkan agama Islam dengan membawa batu hitam yang dipasang di Sumatera Nusantara, untuk Tanah Jawa diletakkan di tengah-tengahnya iaitu di Gunung Tidar . Kesan daripada kekuatan ghaib suci yang dimunculkan oleh batu hitam menimbulkan gejolak, mengamuklah para makhluk : Jin, syaitan dan makhluk halus lainnya. Syeikh Subakirlah yang mampu meredam amukan daripada mereka. Akan tetapi mereka bersumpah dengan berkata: “ Walaupun kamu sudah mampu meredam amukan kami, kamu dapat mengembangkan agama Islam di Tanah Jawa, tetapi Kudratullah tetap masih berlaku atas ku ingat itu wahai Syeikh Subakir.” “Apa itu?” kata Syeikh Subakir. Kata Jin, “Aku masih dibolehkan untuk menggoda manusia, termasuk orang-orang Islam yang imannya masih lemah”.

Syeikh Subakir diutus ke Tanah Jawa bersama-sama dengan Wali Songo tempoh pertama, yang  diutus oleh  Sultan Muhammad I dari Istanbul, Turki,  untuk berdakwah di  Pulau Jawa pada tahun 1404 M, mereka  diantaranya:

1.     Maulana Malik Ibrahim, berasal dari Turki,Ahli Politik.
2.     Maulana Ishaq, berasal dari Samarkand, Rusia Selatan, Ahli Perubatan.
3.     Maulana Ahmad Jumadil Kubro, dari Mesir.
4.     Maulana Muhammad al-Maghribi, berasal dari Moroco.
5.     Maulana Malik Isro’il, dari Turki, Ahli Politik.
6.     Maulana Muhammad Ali Akbar, dari Persia (Iran), Ahli Perubatan.
7.     Maulana Hasanudin, dari Palestin.
8.     Maulana Aliyudin, dari Palestin.
9.     Syeikh Subakir, dari Iran, Ahli Perubatan Islam.

Keadaan daerah Magelang dikelilingi oleh berbagai lagenda. Salah satu dongeng yang hidup dalam kalangan rakyat mengisahkan, sebagaimana dikisahkan M. Bambang Pranowo (2002), bahawa pada zaman dahulu kala, ketika Pulau Jawa baru saja diciptakan oleh Sang Maha Pencipta dalam bentuk tanah yang terapung-apung di lautan luas, tanah tersebut sentiasa bergerak ke sana ke mari. Seorang dewa kemudian diutus turun daripada kayangan untuk memaku tanah tersebut agar berhenti bergerak. Kepala dari paku yang digunakan untuk memaku Pulau Jawa tersebut akhirnya menjadi sebuah gunung yang kemudian dikenal sebagai Gunung Tidar. Gunung yang terletak di pinggir selatan Kota Magelang yang kebetulan berada tepat di bahagian tengah Pulau Jawa tersebut memang berbentuk kepala paku, kerana itu Gunung Tidar dikenali luas sebagai “Pakuning Tanah Jawa”.

Dongeng lain yang tentunya diciptakan setelah masuknya Islam mengisahkan bahawa pada zaman dahulu, daerah ini merupakan kerajaan jin yang diperintah oleh dua raksasa. Syeikh Subakir, seorang penyebar agama Islam, datang ke daerah iniuntuk berdakwah. Tidak rela atas kedatangan Syeikh tersebut terjadilah perkelahian antara Raja Jin melawan  Syeikh. Ternyata Raja Jin dapat dikalahkan oleh Syeikh Subakir. Raja Jin dan isterinya kemudian melarikan diri ke Laut Selatan bergabung dengan Nyai Rara Kidul yang merajai Laut Selatan. Sebelum lari Raja Jin bersumpah akan kembali ke Gunung Tidar kecuali rakyat di daerah ini rela menjadi pengikut Syeikh Subakir.

Lagenda ini sangat melekat bagi masyarakat tradisional Jawa, tidak sekadar di Magelang, tetapi juga ke daerah-daerah lain di Jawa, bahkan sampai di Lampung dan pelusuk negara. Apalagi pemerintah Kota Magelang menjadikan Tidar sebagai simbol atau maskot daerah dengan menempatkan Gunung Tidar yang dilambangkan dengan gambar paku di dalam logo pemerintahan. Di samping itu nama-nama tempat begitu banyak menggunakan nama Tidar, seperti nama Rumah Sakit Umum Daerah, nama Perguruan Tinggi, nama Terminal dan lain-lain. Yang semuanya menguatkan Gunung Tidar menjadi lagenda abadi.

Begitulah sedikit salasilah dan latar belakang Syeikh Subakir yang dapat muhajir ceritakan, mungkin para pembaca tertanya-tanya adakah salasilah ini benar ataupun tidak; namun lemah diri ini untuk menjawab kerana hanya berpandukan maklumat daripada rakan-rakan blog tanpa usul pemeriksaan dalam kitab mahupun buku-buku yang menceritakan tentang beliau. Akan tetapi, bagi muhajir Syeikh Subakir adalah ulama Nusantara yang banyak berjasa kepada Tanah Jawa di Indonesia dalam penyebaran Islam dan merupakan salah seorang wali Allah yang tersembunyi identiti kewaliannya. Moga-moga dengan apa yang disampaikan dapat memberi kesan dalam hati kalian terhadap kemuliaan Syeikh Subakir di sisi Allah s.w.t., wallahu'alam. 

Sumber :

[1] http://alaviya.blogspot.my/

[2] https://www.facebook.com/notes/hermawan-mencari-kesetiaan/



وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وبارك وسلم والحمدلله رب العالمين





Al-Habib Husein Bin Abu Bakar Alaydrus (Luar Batang)

الحمد لله الذي علم بالقلم ، علم الانسان ما لم يعلم ، وصلاة والسلام على سيدنا محمد أفصح العرب والعجم ، خاتم النبيين والمرسلين وعلى آله وأصحابه الطاهرين خيرالأمم . أما بعد ،

al-Habib Husein Bin Abu Bakar Alaydrus



Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur kepada Allah s.w.t. yang telah melimpahkan kurniaan rahmatnya ke atas sekalian orang -orang mukmin yang mendekatkan diri kepada-Nya serta selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.. Pertamanya, marilah kita membuka pena penulisan kita pada hari ini dengan lidah ini mengalunkan selawat ke atas baginda Rasulullah s.a.w. di hari yang mubarakah ini.

Muhajir dengan ini ingin membawa satu kisah wali besar pada zamannya ataupun dikenali sebagai ulama habaib yang sangat dikenali di Indonesia iaitu al-Habib Husein Bin Abu Bakar Alaydrus. Serba terperinci akan muhajir ceritakan mengenai beliau dan moga-moga para pembaca menghayati penulisan ini dengan hati yang suci dan bersih agar sama-sama kita menerapkan rasa cinta kepada ulama ini.

Pendatang dari Hadramaut, Jazirah Arabia, yang mendirikan Masjid Luar Batang tahun 1736. Ia dihadiahi sebidang tanah di Kampung Luar Batang yang terletak dekat Pelabuhan Sunda Kelapa oleh Jenderal Belanda kerana dianggap telah berjasa. Di tempat ini, dia kemudian menyebarkan Islam. Dia merupakan putera kedua Siti Fatima. Hal ini dapat dilihat pada catatan tertulis berbingkai di dinding depan pintu makam. Di sebuah marmar yang tertampal pada tembok makamnya, tertulis tanggal kematiannya hari Khamis, 24 Jun 1756 H. Dia beserta muridnya, Abdul Kadir bin Adam, dimakamkan di masjid. Dulu makam mereka terletak di dalam masjid, namun kerana perluasan bangunan, kemudian dipindah di luar masjid.

Makam Abdul Kadir bin Adam

Al-Habib Husein bin Abu Bakar Alaydrus dilahirkan di Yaman Selatan, tempatnya di daerah Hadhramaut, tiga abad yang silam. Dia dilahirkan sebagai anak yatim, yang dibesarkan oleh seorang ibu di mana sehari-harinya hidup daripada hasil memintal benang pada perusahaan tenun tradisional. Habib Husein ketika kecil hidup dalam kesederhanaan. Setelah memasuki usia belia, sang ibu menitipkan Habib Husein pada seorang “Alim Sufi”. Di sanalah dia menerima tempaan pembelajaran tariqah. Di tengah-tengah kehidupan di antara murid-murid yang lain, dapat dilihat Habib Husein memiliki perilaku dan sifat-sifat yang lebih daripada teman-temannya.

Daripada sumber yang lain, beliau dilahirkan di sebuah desa yang bernama Ma’ibad, Hadhramaut, Yaman Selatan, dan pada usianya yang ke 11 tahun, beliau ditinggal wafat oleh ayahnya. Al-Imam Husein Bin Abu Bakar Alaydrus memiliki silsilah yang sampai kepada Baginda Rasulullah s.a.w., di mana salasilah beliau iaitu al-Imam Husein Bin Abu Bakar Bin Abdullah Bin Husein Bin Ali Bin Muhammad Bin Ahmad Bin Husein Ibnil Imam Syamsi Syumus Abdullah Alaydrus Akbar. Daripada sumber yang lain, Habib Husein bin Abu Bakar bin Abdullah bin Husein bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Husein bin Abdullah bin Abu Bakar al-Sakran bin Abdurrahman Assaqqaf bin Muhammad Maula Al-Dawilah bin Ali bin Alwi bin Muhammad Al-Faqih Al-Muqaddam bin Ali bin Muhammad Shahib Mirbath.

Selepas mangkat ayahnya, al-Imam Husein Bin Abu Bakar Alaydrus berhijrah ke Kota Tarim, dan ternyata di pintu Kota Tarim telah menunggu seorang wali besar, iaitu Quthbil Irsyad, al-Imam Abdullah Bin Alwi al-Haddad, yang langsung menyambut kedatangan daripada al-Imam Husein Bin Abu Bakar Alaydrus. Setelah tiba di Kota Tarim, beliau didampingi oleh al-Imam Abdullah Bin Alwi al-Haddad langsung berziarah kepada Sayyidina Faqih Muqaddam al-Imam Muhammad Bin Ali Ba’alawi, Sayyidina Abdurrahman Bin Muhammad Assegaf dan Datuk Beliau Sayyidina Abdullah Alaydrus Akbar. Al-Imam Abdullah Bin Alwi al-Haddad mengatakan kepada beliau bahawa semalam datukmu, Sayyidina Abdullah Alaydrus Akbar datang kepadaku dan mengkhabarkan tentang kedatanganmu wahai Husein.

Al-Imam Husein Bin Abu Bakar Alaydrus menimba ilmu kepada Quthbil Irsyad, al-Imam Abdullah Bin Alwi al-Haddad, dan menurut nukilan daripada al-Habib Ali Bin Husein al-Attas dalam kitabnya Taajul A’rasy mengatakan bahawa al-Imam Husein Bin Abu Bakar Alaydrus sebelum hijrah ke Indonesia, beliau telah mendapatkan mandat kepercayaan dari pada guru beliau al-Imam Abdullah Bin Alwi al-Haddad untuk melaksanakan da’watul islam.

Setiap ahli tariqat sentiasa memiliki panggilan untuk melakukan hijrah, dalam rangka menyiarkan islam ke belahan bumi Allah. Untuk melaksanakan keinginan tersebut Habib Husein tidak kekurangan akal, dia bergegas menghampiri para kafilah dan musafir yang sedang melakukan jual beli di pasar pada setiap hari Jumaat. Setelah dipastikan mendapatkan tumpangan daripada salah seorang kafilah yang hendak bertolak ke India, maka Habib Husein segera menghampiri ibunya untuk meminta izin. Walau dengan berat hati, seorang ibu harus melepaskan dan merelakan kepergian puteranya. Habib Husein cuba membesarkan hati ibunya sambil berkata : “ janganlah takut dan berkecil hati, apapun akan ku hadapi, sentiasa bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Dia bersama kita.” Akhirnya berangkatlah al-Habib Husein menuju daratan India.

Sampailah al-Habib Husein di sebuah kota bernama “Surati” atau lebih dikenali kota Gujerat, sedangkan penduduknya beragama Buddha. Mulailah Habib Husein menyiarkan Islam di kota tersebut dan kota-kota sekitarnya. Kedatangan Habib Husein di kota tersebut membawa Rahmatan Lil-Alamin. Kerana daerah yang asalnya kering dan tandus, kemudian dengan kebesaran Allah maka berubah menjadi daerah yang subur. Agama Islam pun tumbuh berkembang. Hingga kini belum ditemukan sumber yang pasti berapa lama Habib Husein bermukim di India. Tidak lama kemudian dia melanjutkan misi hijrahnya menuju wilayah Asia Tenggara, hingga sampai di Pulau Jawa, dan menetap di Kota Batavia, sebutan Kota Jakarta dalam tempoh yang terdahulu.

Batavia adalah pusat pemerintahan Belanda, dan pelabuhannya adalah Sunda Kelapa. Maka tidak hairan kalau pelabuhan itu dikenali sebagai pelabuhan yang teramai dan terbesar di zamannya. Pada tahun 1736 M datanglah al-Habib Husein bersama para pedagang dari Gujerat di pelabuhan Sunda Kelapa. Di sinilah tempat persinggahan terakhir dalam menyiarkan Islam. Beliau mendirikan surau sebagai pusat penggembangan ajaran Islam. Dia banyak di kunjungi bukan sahaja dari daerah sekitarnya, melainkan juga datang dari berbagai daerah untuk belajar Islam atau banyak juga yang datang untuk di doakan. Pesatnya pertumbuhan dan minat orang yang datang untuk belajar agama Islam kepada Habib Husein mengundang kesinisan daripada pemerintah VOC, yang di pandang akan menggangu ketertiban dan keamanan. Akhirnya Habib Husein beserta beberapa pengikut utamanya di jatuhi hukuman, dan ditahan di penjara Glodok.

Daripada sumber yang lain, al-Imam Husein Bin Abu Bakar Alaydrus kemudian berhijrah ke Asia Timur dan sampai di Indonesia, lalu setibanya di Pulau Jawa, tempatnya di Pelabuhan Sunda Kelapa, beliau diusir kembali oleh penjajah Belanda. Akhirnya dengan bantuan para Muhibbin di malam hari dengan menggunakan sekoci beliau tiba kembali di Pelabuhan Sunda Kelapa. Beliau kemudian berdakwah di tanah Batavia ini dan pada saat itu penjajah Belanda sangat sensitif kepada para ulama kerana di Sunda Kelapa ini masih ada bekas-bekas pertempuran Sunda Kelapa yang berada di bawah pimpinan daripada Sunan Gunung Jati al-Imam Syarif Hidayatullah dan Fatahillah, sehingga penjagaannya sangat ketat dan dicurigai al-Habib Husein Bin Abu Bakar Alaydrus sebagai pemberontak, akhirnya beliau dimasukkan ke dalam penjara, yang berada di sekitar Glodok.

Perjuangan dakwah al-Imam Husein Bin Abu Bakar Alaydrus sangatlah luar biasa, dan salah satu karamah beliau adalah pada pagi hari beliau berada di dalam penjara sementara anehnya menjelang maghrib beliau sudah tidak ada di dalam penjara, beliau menyampaikan dakwah-dakwahnya di musolla dan masjid-masjid, sehingga membuat takut para pengawal penjara dan akhirnya ketua pengawal penjara tersebut meminta agar Habib Husein keluar sahaja dari dalam penjara tapi beliau menolaknya sampai akhirnya beliau keluar dari penjara dengan keinginannya sendiri.

Pada suatu ketika di dalam perjalanan dakwahnya, al-Imam Husein Bin Abu Bakar Alaydrus melihat seorang tentera Belanda yang memang memiliki akhlak yang baik terhadap beliau, di mana tentera Belanda ini selalu menegur dan ramah terhadap beliau. Akhirnya Habib Husein memanggilnya dan mengatakan bahawa tentera Belanda tersebut kelak akan menjadi Gabenor, di Batavia. Tentera Belanda tersebut berkata sambil tertawa “mana mungkin aku menjadi seorang Gabenor”. Selang beberapa bulan kemudian tentera Belanda tersebut dipanggil ke negerinya dan kembali ke Batavia untuk dipercayai menjadi Gabenor.

Tentera Belanda yang kini telah menjadi Gabenor teringat akan Habib Husein dan menemui beliau seraya takjub atas perkataan daripada Habib Husein dan sebagai balasannya tentera ini memberikan hadiah berupa wang, bahkan emas, tetapi semuanya ditolak oleh Habib Husein. Kerana Gabenor tersebut memaksa, akhirnya al-Habib Husein Bin Abu Bakar Alaydrus berkata bahawa " Jika engkau ingin memberiku hadiah, maka berikanlah aku tanah yang berada di luar pelabuhan Sunda Kelapa yang saat itu sedang surut ". Tentera Belanda tersebut terkejut dan berkata " Sia-sia bila aku berikan tanah tersebut, sebentar lagi air akan naik dan daratan itu akan terendam air laut ". Al-Habib Husein berkata “bila engkau berikan sekarang, maka mulai saat ini air tidak akan pernah pasang bahkan hingga yaumil qiyamah”.. Allahu Akbar.. sehingga akhirnya diberikanlah tanah tersebut.

Al-Habib Husein Bin Abu Bakar Alaydrus memiliki tanah 10 hektar dan di atas tanah tersebut, kemudian pertama kali yang dibangunkan oleh al-Imam Husein Bin Abu Bakar Alaydrus adalah masjid, kemudian rumah beliau yang saat ini menjadi tempat pusaranya beliau. Dan semenjak itu, dipajak tanah-tanah tersebut yang besarnya sampai 10 hektar dengan keluli dan batang-batang sehingga daerah ini dikenal dengan sebutan “Luar Batang”, disebabkan diluar pelabuhan Sunda Kelapa muncullah batang-batang.  Di sini beliau bersama salah satu muridnya Haji Abdul Qodir yang merupakan penterjemahnya mengajarkan kepada murid-muridnya yang datang dari Banten, Indramayu, Cirebon, Tuban Gresik dan pelosok-pelosok kota lain di Indonesia.

1. Menjadi mesin pemintal


Di masa belia, di tanah kelahirannya iaitu di daerah Hadhramaut – Yaman Selatan, Habib Husein berguru pada seorang Alim Sufi. Di hari-hari cuti, dia pulang untuk menyambut ibunya. Pada suatu malam ketika dia berada di rumahnya, ibu Habib Husein meminta tolong agar dia bersedia membantu mengerjakan pintalan benang yang ada di gudang. Habib Husein segera menyanggupi, dan dia segera ke gudang untuk mengerjakan apa yang diperintahkan oleh ibunya. Makan malam juga telah disediakan. Menjelang pagi hari, ibu Husein membuka pintu gudang. Dia sangat hairan kerana makanan yang disediakan masih segar belum dimakan Husein. Selanjutnya dia sangat kagum melihat hasil pintalan benang begitu banyaknya. Si ibu tercengang melihat kejadian ini. Dalam benaknya terfikir bagaimana mungkin hasil pemintalan benang yang seharusnya dikerjakan dalam beberapa hari, malah hanya dikerjakan kurang dari semalaman, sedangkan Habib Husein dijumpai dalam keadaan tidur nyenyak disudut gudang. Kejadian ini dilihat oleh ibunya dan diceritakan kepada guru tariqat yang membimbing Habib Husein. Mendengar cerita itu maka dia bertakbir sambil berucap : “ sungguh Allah berkehendak pada anakmu, untuk di memperolehnya darjat yang besar disisi-Nya, hendaklah ibu berbesar hati dan jangan bertindak keras kepadanya, rahsiakanlah segala sesuatu yang terjadi pada anakmu.”

2. Menyuburkan Kota Gujerat


Hijrah pertama yang disinggahi oleh Habib Husein adalah di daratan India, tempatnya di kota Surati atau lebih dikenal Gujerat. Kehidupan kota tersebut bagaikan kota mati kerana dilanda kekeringan dan wabak kolera. Kedatangan Habib Husein di kota tersebut disambut oleh ketua adat setempat, kemudian dia dibawa kepada ketua wilayah serta beberapa penasihat paranormal dan Habib Husein diperkenalkan sebagai titisan dewa yang dapat menyelamatkan negeri itu daripada bencana. Habib Husein menyanggupi bahawa dengan pertolongan Allah, dia akan mengubah negeri ini menjadi sebuah negeri yang subur, tetapi dengan syarat mereka mengucapkan dua kalimat syahadah dan menerima Islam sebagai agamanya. Syarat tersebut juga mereka sanggupi dan berbondong-bondong warga di kota itu belajar agama Islam. Akhirnya mereka diperintahkan untuk membangunkan ladang dan sebuah kolam. Setelah pembangunan keduanya diselesaikan, maka dengan kekuasaan Allah turun hujan yang sangat lebat, membasahi seluruh daratan yang tandus. Sejak itu pula tanah yang kering berubah menjadi subur. Sedangkan warga yang terserang wabak penyakit dapat sembuh, dengan cara mandi di kolam buatan tersebut. Dengan demikian kota yang dahulunya mati, kini secara beransur-ansur kehidupan masyarakatnya menjadi sejahtera.

3. Mengislamkan tawanan


Setelah menjalani kehidupan, masyarakat Gujerat berubah daripada kehidupan yang kekeringan dan hidup miskin menjadi subur serta masyarakatnya hidup sejahtera, maka Habib Husein melanjutkan hijrahnya ke daratan Asia Tenggara untuk tetap menyiarkan Islam. Beliau menuju pulau Jawa, dan akhirnya menetap di Batavia. Pada masa itu hidup dalam jajahan pemerintahan VOC Belanda. Pada suatu malam Habib Husein dikejutkan oleh kedatangan seorang yang berlari padanya kerana dikejar oleh tentera VOC. Dengan pakaian basah kuyub dia meminta perlindungan kerana akan dikenakan hukuman mati. Dia adalah tawanan daripada sebuah kapal dagang Tionghoa. Keesokan harinya datanglah pasukan tentera berkuda VOC ke rumah Habib Husein untuk menangkap tawanan yang dikejarnya. Beliau tetap melindungi tawanan tersebut, sambil berkata : “Aku akan melindungi tawanan ini dan aku adalah jaminannya.” Rupanya ucapan tersebut sangat ditakuti oleh pasukan VOC. Semua menundukkan kepala dan akhirnya pergi, sedangkan tawanan Tionghoa itu sangat berterima kasih, sehingga akhirnya dia memeluk Islam.

4. Menjadi Imam di Penjara


Dalam masa sekejap, telah banyak orang yang datang untuk belajar agama Islam. Rumah Habib Husein banyak dikunjungi para muridnya dan masyarakat setempat. Keramaian umat yang datang membuat penguasa VOC menjadi khuatir akan menggangu keamanan. Akhirnya Habib Husein beserta beberapa pengikut utamanya ditangkap dan dimasukan ke penjara Glodok. Bangunan penjara itu juga dikenal dengan sebutan “Seksi Dua.” Rupanya dalam tahanan, Habib Husein ditempatkan dalam kamar terpisah dan ruangan yang sempit, sedangkan pengikutnya ditempatkan di ruangan yang besar bersama tahanan yang lain. Polis penjara dibuat terhairan-hairan kerana ditengah malam melihat Habib Husein menjadi imam diruangan yang besar, memimpin solat bersama-sama para pengikutnya. Hingga menjelang subuh masyarakat di luar pun ikut bermakmum. Akan tetapi anehnya dalam waktu yang bersamaan pula polis penjara tersebut melihat Habib Husein tidur nyenyak di kamar ruangan yang sempit itu, dalam keadaan tetap terkunci. Kejadian tersebut berkembang menjadi buah bibir dalam kalangan pemerintahan VOC. Dengan segala pertimbangan akhirnya pemerintah Belanda meminta maaf atas penahanan tersebut, Habib Husein beserta semua pengikutnya dibebaskan daripada tahanan.

5. Si Sinyo menjadi Gubernur


Pada suatu hari, Habib Husein dengan ditemani oleh seorang mualaf Tionghoa yang telah berubah namanya adalah Abdul Kadir duduk berteduh di daerah Gambir. Di saat mereka beristirehat, datanglah seorang Sinyo (anak Belanda) dan mendekati Habib Husein. Dengan seketika Habib Husein menghentakkan tangannya ke dada anak Belanda tersebut. Si Sinyo terkejut dan berlari ke arah pembantunya. Dengan cepat Habib Husein meminta temannya untuk menghampiri pembantu anak Belanda tersebut, untuk menyampaikan pesan agar disampaikan kepada majikannya, bahawa kelak anak ini akan menjadi seorang pembesar di negeri ini. Seiring berjalannya waktu, anak Belanda itu melanjutkan ke sekolah tinggi di negeri Belanda. Kemudian setelah lulus, dia dipercayai dan diangkat menjadi Gabenor Batavia.

6. Cara Berkirim Wang


Gabenor Batavia yang pada masa kecilnya telah diramal oleh Habib Husein bahawa kelak akan menjadi orang besar di negeri ini, ternyata memang benar adanya. Rupanya Gabenor muda itu menerima wasiat daripada ayahnya yang baru saja meninggal dunia. Diwasiatkan kalau memang apa yang dikatakan Habib Husein menjadi kenyataan diminta agar dia membalas budi dan jangan melupakan jasa Habib Husein. Akhirnya Gabenor Batavia menghadiahkan beberapa karung wang kepada Habib Husein. Wang itu diterimanya, tetapi dibuangnya ke laut. Demikian pula setiap pemberian wang berikutnya, Habib Husein selalu menerimanya, tetapi juga dibuangnya ke laut. Gabenor yang memberi wang menjadi hairan dan akhirnya bertanya mengapa wang pemberiannya selalu dibuang ke laut. Dijawabnya oleh Habib Husein bahawa wang tersebut dikirimkan untuk ibunya ke Yaman. Gabenor itu merasa bingung, akhirnya diperintahkan penyelam untuk mencari karung wang yang dibuang ke laut, dan hasil, tidak satu keping wang pun ditemukan. Selanjutnya Gabenor Batavia tetap berupaya untuk membuktikan kebenaran kejadian ganjil tersebut, maka dia mengutus seseorang negeri Yaman untuk bertemu dan menanyakan kepada ibu Habib Husein. Sekembalinya dari Yaman, orang suruhan Gabenor tersebut melaporkan bahawa benar adanya. Ibu Habib Husein telah menerima sejumlah wang yang dibuang ke laut tersebut pada hari dan tanggal yang sama.

7. Kampung Luar Batang


Gabenor Batavia sangat penuh perhatian kepada Habib Husein. Dia menanyakan apa keinginan Habib Husein. Jawabnya : “Saya tidak mengharapkan apapun daripada tuan.” Akan tetapi, Gabenor itu sangat bijak, dihadiahkanlah sebidang tanah di kampung baru, sebagai tempat tinggal dan peristirehatan yang terakhir.

Habib Husein telah dipanggil dalam usia muda, ketika berumur kurang lebih 30-40 tahun. Meninggal pada hari Khamis tanggal 17 Ramadhan 1169 atau bertepatan tanggal 27 Jun 1756 M. sesuai dengan peraturan pada masa itu bahawa setiap orang asing harus di kuburkan di pemakaman khusus yang terletak di Tanah Abang. Sebagaimana layaknya, jenazah Habib Husein diusung dengan kurung batang (keranda). Ternyata sampainya di perkuburan jenazah Habib Husein tidak ada dalam kurung batang. Anehnya jenazah Habib Husein kembali berada di tempat tinggal semula. Dalam bahasa lain, jenazah Habib Husein keluar daripada kurung batang, pengantar jenazah cuba kembali mengusung jenazah Habib Husein ke perkuburan yang dimaksudkan, namun demikian jenazah Habib Husein tetap sahaja keluar dan kembali ke tempat tinggal semula. Akhirnya para pengantar jenazah memahami dan bersepakat untuk memakamkan jenazah Habib Husein di tempat yang merupakan tempat rumah tinggalnya sendiri. Kemudian orang menyebutnya “Kampung Baru Luar Batang” dan kini dikenal sebagai “Kampung Luar Batang.”

Kawasan Makam Luar Batang

Makam al-Habib Husein bin Abu Bakar Alaydrus

Ukiran Batu

Kawasan Dalam Makam al-Habib Husein

Catatan : 

Dulu pernah ada cerita pada waktu itu ada seseorang warga pergi ke pasar dan dia membeli daging mentah dan pulang ke rumah beliau mendengar khabar bahawa Habib Husein bin Abu Bakar al-Idrus pulang kerahmatullah, maka bergegas dia pergi ke masjid untuk ikut bersama-sama solat jenazah. Setelah selesai solat jenazah dan ikut menguburkan dia kembali ke rumah dan menyuruh isterinya untuk segera memasak daging tersebut. Namun hingga beberapa lamanya isteri memasak daging itu tidak masak-masak dan masih keliatan seperti daging segar, sedang keanehan yang terjadi isterinya pun mengeluh kepada suaminya; “bang ko daging yang saya masak tidak mateng-mateng ? padahal sudah hampir setengah hari saya memasak daging itu, tapi daging itu tetap segar !. Suaminya pun juga diliputi keanehan tersebut !. Setelah beberapa lama dia berfikir akhirnya dia teringat sesuatu, sewaktu dia mengikuti majlis taklim yang diadakan oleh Habib Husein bin Abu Bakar al-Idrus , beliau pernah berceramah bahawa " barangsiapa yang mensolati aku sewaktu aku meninggal dunia nanti, maka dia dia tidak akan tersentuh oleh api neraka. " Akhirnya dia mengambil pelajaran yang sangat berharga daripada peristiwa keanehan tersebut, dia berdoa kepada Allah, " Ya Allah, mudah-mudahan aku terlindung daripada jilatan api nereka kerana memuliakan kekasih-Mu. "

Sekian sahaja beberapa kisah, ibrah dan latar belakang al-Allamah al-Habib Husein bin Abu Bakar Alaydrus yang muhajir dapat kisahkan kepada para pembaca. Masya-Allah, tabarakallah, setiap taipan muhajir sering hati ini kagum dan amat mencintai wali Allah ini kerana karamahnya sangat luar biasa. Mudah-mudahan dengan kemuliaan tersebut, muhajir dapat menziarahi makam wali besar ini di Tanah Indonesia, wallahu'alam.

Sumber :

[1] https://sachrony.wordpress.com/

[2] http://ahlulbaitrasulullah.blogspot.my/



وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وبارك وسلم والحمدلله رب العالمين