الحمد لله الذي علم بالقلم ، علم الانسان ما لم يعلم ، وصلاة والسلام على سيدنا محمد أفصح العرب والعجم ، خاتم النبيين والمرسلين وعلى آله وأصحابه الطاهرين خيرالأمم . أما بعد ،
Dimulakan penulisan ini dengan puji syukur kepada Allah s.w.t. yang memberi peluang kepada muhajir untuk menulis dan selawat serta salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.. Terungkai dalam satu hadis :
" Daripada Abdullah bin Mas’ud, Rasulullah s.a.w. bersabda ”Sesungguhnya rumah-rumah Allah di bumi ini adalah masjid-masjid, dan sesungguhnya hak (wajib) atas Allah untuk memuliakan orang yang menziarahinya di masjid-masjid.” (Riwayat at-Thabrani) "
Demikian mafhumnya yang mensyarahkan bahawa masjid adalah penghulu segala binaan daripada tangan-tangan manusia dan kewajiban ke atas sekalian makhluk yang bernama manusia mengimarahkannya kerana Allah s.w.t. akan memuliakan mereka sebagaimana mereka memuliakan rumah-rumah Allah (masjid).
Pengabdian diri bagi ahli-ahli tasawwuf amat meresap dalam hati dan jasad mereka. Tiada tempat yang paling istimewa dan sempurna amalannya selain menziarahi orang-orang soleh dan rumah Allah. Mereka bagaikan satu sinaran yang menerangi cahaya di setiap penjuru masjid kerana tiang-tiang binaan itulah menjadi tempat mereka mencari keredhaan dan rahmat Allah s.w.t.
Pertama kali muhajir melangkah ke dalam masjid Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), keadaan sekeliling tenang dan setiap penjuru masjid mempunyai tiang iaitu 2 di depan, 2 di tengah dan 2 lagi di belakang. Setiap tiang-tiang ini mempunyai rahsia tersendiri di mana ia adalah tempat para solihin bertaqarrub kepada Allah Azza wa Jalla.
Pengabdian diri bagi ahli-ahli tasawwuf amat meresap dalam hati dan jasad mereka. Tiada tempat yang paling istimewa dan sempurna amalannya selain menziarahi orang-orang soleh dan rumah Allah. Mereka bagaikan satu sinaran yang menerangi cahaya di setiap penjuru masjid kerana tiang-tiang binaan itulah menjadi tempat mereka mencari keredhaan dan rahmat Allah s.w.t.
Suasana Dalam Masjid KUIPSAS |
Pertama kali muhajir melangkah ke dalam masjid Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), keadaan sekeliling tenang dan setiap penjuru masjid mempunyai tiang iaitu 2 di depan, 2 di tengah dan 2 lagi di belakang. Setiap tiang-tiang ini mempunyai rahsia tersendiri di mana ia adalah tempat para solihin bertaqarrub kepada Allah Azza wa Jalla.
Dengan demikianlah, masjid merupakan tempat yang paling Allah cintai berbanding dengan tempat-tempat yang menjadi perkara sia-sia bagi manusia. Seperti mafhumnya hadis dalam kitab al-Masajid wa Mawadhi’ as-Shalah karangan Imam Muslim rahimahullah iaitu :
" Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, “Bagian negeri yang paling Allah cintai adalah masjid-masjidnya, dan bagian negeri yang paling Allah benci adalah pasar-pasarnya. " (Riwayat Muslim)
![]() |
Jemaah Yang Sedang Berwirid |
Dan janganlah antara kamu sekalian manusia mendabik dada atau menyombongkan diri ketika berkehendak menunaikan ibadah di rumah-rumah Allah. Muhajir perhatikan ramai pelajar yang pergi menunaikan solat di masjid hanya sekadar melihat tuntutan dan ganjaran pahala semata-mata. Mereka tidak menyelami hakikat keadaan di masjid yang mempunyai seribu satu rahmat dan pengampunan di sisi Allah, maka bertebaran sekalian hati yang lupa akan pencipta-Nya yang semata-mata " Aku dipandang manusia, aku ini sentiasa pergi ke masjid ". Janganlah kamu melihat ibadah itu sebagai medan kamu menonjolkan diri kerana kelak menjadi kerugian bagi kamu saat dibagikan kitab amalan kamu di hadapan Allah s.w.t. Seperti firman Allah s.w.t. dalam surah al-Jin ayat ke 18 :
" Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorangpun di dalamnya di samping (menyembah) Allah. "
![]() |
Sebahagian Pelajar Yang Mendengar Kuliah Maghrib |
Sesungguhnya darjat orang-orang yang pergi ke masjid ini sentiasa dimuliakan Allah s.w.t. kerana mereka adalah antara golongan yang dipilih oleh Allah s.w.t. untuk mendapat kecintaan daripada Allah s.w.t.. Demikianlah bagaimana rasa cinta ini terpaut dalam setiap hati-hati yang cintakan Allah di mana hati-hati inilah yang menjadi saksi di hari kiamat untuk menyatakan tujuan pengibadahan mereka kepada Allah s.w.t.. Hati-hati inilah yang dimiliki para walinya Allah kerana mereka ini mempunyai hati-hati yang sentiasa bercahaya umpama cahaya bulan purnama. Seperti dalam hadis :
" Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang datang menuju masuk dan keluar dari masjid (keluar masuk masjid untuk ibadah) maka Allah jadikan setiap ia keluar dan masuk itu derajat lebih tinggi baginya di surga. " (Riwayat Bukhari)
![]() |
Pak Cik Yang Sentiasa Istiqomah Bagi Muhajir |
Alhamdulillah, sekian sahaja daripada peringatan yang ingin muhajir sampaikan kepada antum semua. Semoga dengan penulisan ini, kita sama-sama memperoleh manfaat dan barakah Allah s.w.t. serta menghidupkan hati-hati yang mati kepada cahaya keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.. Muhajir ingin memohon maaf jikalau ada terkasar bahasa mahupun terguris hati sesetengah pihak atas penulisan ini, wallahu'alam.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وبارك وسلم والحمدلله رب العالمين
Tiada ulasan:
Catat Ulasan