Isnin, 13 Januari 2014

Bahasa Arab Fusoha'?, Ujian Bagi Muhajir

الحمد لله الذي علم بالقلم ، علم الانسان ما لم يعلم ، وصلاة والسلام على سيدنا محمد أفصح العرب والعجم ، خاتم النبيين والمرسلين وعلى آله وأصحابه الطاهرين خيرالأمم . أما بعد ،


Alhamdulillah, ke hadrat Allah s.w.t. dan junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. yang menempatkan diri muhajir berada dalam kalangan orang-orang yang bermujahadah. Dengan kesempatan ini, muhajir ingin menulis serba sedikit ilmu yang mungkin bermanfaat kepada antum semua dan moga-moga kita dapat amalkannya serta mengambil iktibar daripada apa yang disampaikan.

Baru-baru ini, menjelang pembukaan yang baru, banyak ujian sudah dilalui muhajir sejak perkenalannya dengan kisah Kota Tarim mahupun yang berkaitan dengannya. Daripada satu sudut yang mencabar, bahasa arab pula menolak muhajir dalam satu arus yang perlu didayung walaupun agak sukar merentasinya. Mengikut perluasan fikiran, bagi muhajir, ini bukanlah satu halangan untuk mempelajari bahasa arab mahupun bertutur mengikut kefasihannya.

Ulama-ulama terdahulu pun pernah menghadapi kesukaran yang sama dalam menadah ilmu. Tiada kenal erti putus asa sehingga menunggu pembukaan pengetahuan ( Futuhal Arifin ) oleh Allah s.w.t. bagi memperoleh ilmu yang bermanfaat. Seperti yang diucapkan oleh pengasuh Rubat Tarim yang ketiga iaitu al-Habib Abdullah bin Umar as-Syatiri : 

" Sebagaimana ilmu nahwu sangat sulit bagi beliau, sampai beliau berujar (sebagaimana yang dituturkan putera beliau Habib Salim bin Abdullah as-Syatiri):”…..dulu saya punya kitab Kafrawi syarah al-Jurumiah yang penuh dengan air mata….. “ kerana sulitnya ilmu itu bagi beliau. Namun kemudian Allah s.w.t. menganugerahi beliau ke-futuh-an.”….tatkala saya berada di Mekkah, semua risalah yang datang, saya letakkan dibawah tempat tidur, saya berdo’a di Multazam agar Allah s.w.t. membukakan bagi saya ilmu yang bermamfaat, dan agar ilmu saya menyebar di bumi barat dan timur, maka acap kali saya berdo’a dengan do’a ini, terlintas dalam benak, bahawa saya akan menjadi musafir yang pindah dari  negeri satu ke negeri yang lain untuk mengajar umat, akan tetapi berapa lama umur manusia untuk semua itu ?…”. Maka Allah SWT mengabulkan do’a beliau, Allah SWT memudahkan perjalanan Rubat ini, sehingga para penuntut ilmu datang dari penjuru dunia, mereka menjadi ulama, dan menyebarkan ilmu mereka masing-masing maka menyebarlah ilmu beliau (Habib Abdullah bin Umar as-Syatiri) di timur dan barat. "

al-Habib Abdullah bin Umar as-Syatiri


Walaupun banyak cabaran mempelajari ilmu ini, namun muhajir wajib menguasainya kerana ilmu bahasa arab lah ilmu yang menjadi sumber kepada ilmu yang berbentuk sawabi' iaitu ilmu tauhid, ilmu fiqh dan ilmu tasawwuf yang berbentuk tetap. Tatkala hati ini selalu berbicara, walau betapa sukarnya seseorang itu mempelajari ilmu, akan ada ganjaran yang Allah s.w.t. simpan dan rahsiakan kepada penuntut ilmu yang bermujahadah. Seperti dalam hadis sahih dalam kitab Riyadhus Solihin karya Imam Nawawi :

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Barangsiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu syar’i, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju surga” (HR. Muslim) "
Dan demikianlah serba sedikit perkongsian yang dapat muhajir ceritakan, mohon maaf atas segala salah dan silap dalam pertuturan. Moga-moga dengan perkongsian ini kita mendapat berkat dan keampunan daripada Allah s.w.t. dan menanam rasa cinta kita kepada Nabi Muhammad s.a.w. atas warisan ilmu yang baginda tinggalkan kepada umatnya, wallahu'alam.

Kitab an-Nahwi at-Tatbiqi Yang Muhajir Pelajari Semasa Semester 2


Murabbiyyah, al-Ustazah Azlina binti Abdullah Hasim


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وبارك وسلم والحمدلله رب العالمين





Tiada ulasan:

Catat Ulasan