Sabtu, 27 Mei 2017

Daripada Cinta Dunia Kepada Cinta Akhirat

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله جعل النصيحة وصيلة بين المؤمنين، والصلاة والسلام على خير من نصح إلى العالمين، سيدنا محمد خاتم النبيين 
.وعلى آله وصحبه نجوم الهدى والدين، وبعد





Segala puji bagi Allah s.w.t. yang menjadikan nasihat sebagai sarana perhubungan antara orang yang beriman. Selawat dan salam ke atas sebaik-baik rasul yang memberi nasihat kepada seluruh alam, penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. dan penutup para nabi, beserta ahli keluarga dan para sahabat sebagai pembawa petunjuk dan agama. 

Syukur kepada Allah s.w.t. kerana sekali lagi kita dapat bertemu setelah sekian lama muhajir tidak mengemaskini blog ini yang mungkin sesetengah pembaca mengharapkan sesuatu yang baru daripada muhajir. Mohon maaf jikalau tidak dapat menyediakan ilmu yang cukup untuk kalian semua. Dan in shaa Allah, muhajir akan datangkan pada kali ini sebuah kisah yang mungkin menghadirkan hati-hati kita semua dengan cahaya iman kepada Allah s.w.t.. 

Debuan Tawassul Cinta adalah sebuah cerpen yang mana muhajir mengolah dan menulis dengan sendirinya berdasarkan sumber-sumber yang sahih. Cerpen ini sedikit sebanyak membawa kepada pembaca berkaitan dengan sebuah kisah cinta yang bukanlah hanya sekadar kisah cinta manusia tetapi cinta yang lebih agung dan suci. Latar belakang cerpen ini bertemakan seorang wanita yang jahil lagi fakir mengharapkan sesuatu perubahan yang berlaku ke atas dirinya. Dia berhijrah ke sebuah kota yang didiami oleh ulama-ulama yang masyhur dan kota yang dikenali sebagai kota para wali-Nya Allah s.w.t.. 

Dia memilih untuk belajar di kota tersebut dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang menimpa dirinya ketika menetap di kota tersebut. Halangan demi halangan dia hadapi dengan hanya berpandukan susuk tubuh dirinya yang cekal lagi tabah dengan bantuan sahabat-sahabat yang menimba ilmu dan kebijaksanaan guru-guru yang membimbing dia untuk menjadi seorang wanita yang luar biasa seperti Sayyidatina Fatimah az-Zahra bintu Muhammad s.a.w..

Cerpen ini hanyalah sebuah imaginasi muhajir dalam membayangkan bagaimana betapa mulianya jikalau seseorang wanita itu mengharapkan cinta Allah s.w.t. daripada segala isi dunia ini sepertimana kisah-kisah cinta wanita salafus soleh yang terdahulu. Watak-watak dalam cerpen ini kebanyakannya diolah berdasarkan pengalaman muhajir dalam merujuk karya-karya ulama dan para-para asatizah yang melampirkan rujukan-rujukan yang bermanfaat untuk muhajir mengemukakan dalam bentuk sebuah cerpen yang mungkin sedikit sebanyak boleh memberi inspirasi kepada pembaca.

Tidaklah diambil watak-watak tersebut untuk menyalahgunakan atau mempunyai maksud yang batil, tetapi muhajir ingin membawa pembaca-pembaca agar menghayati rujukan-rujukan para ulama dan asatizah. Muhajir ingin memohon maaf jikalau cerpen ini membawa kepada ketidakselesaan kepada para pembaca mahupun yang bertaraf ilmuwan. Cerpen ini hanyalah sekadar dakwah bagi muhajir dan tidak ada kena mengena dengan ancaman atau kebatilan dalam  menyampaikan ilmu.

Begitulah harapan muhajir agar kita sama-sama meneliti bagaimana kehidupan di sebuah kota tersebut yang membawa kita cinta kepada Rasul s.a.w. dan cinta kepada Allah s.w.t.. Mohon maaf jikalau terlalu panjang memberikan sinopsisnya kerana jahil diri ini dalam menyampaikan ilmu Allah s.w.t., wallahu'alam.   

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وبارك وسلم والحمدلله رب العالمين

Tiada ulasan:

Catat Ulasan