الحمد لله الذي علم بالقلم ، علم الانسان ما لم يعلم ، وصلاة والسلام على سيدنا محمد أفصح العرب والعجم ، خاتم النبيين والمرسلين وعلى آله وأصحابه الطاهرين خيرالأمم . أما بعد ،
![]() |
al-Habib Husein Bin Abu Bakar Alaydrus |
Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur kepada Allah s.w.t. yang telah melimpahkan kurniaan rahmatnya ke atas sekalian orang -orang mukmin yang mendekatkan diri kepada-Nya serta selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.. Pertamanya, marilah kita membuka pena penulisan kita pada hari ini dengan lidah ini mengalunkan selawat ke atas baginda Rasulullah s.a.w. di hari yang mubarakah ini.
Muhajir dengan ini ingin membawa satu kisah wali besar pada zamannya ataupun dikenali sebagai ulama habaib yang sangat dikenali di Indonesia iaitu al-Habib Husein Bin Abu Bakar Alaydrus. Serba terperinci akan muhajir ceritakan mengenai beliau dan moga-moga para pembaca menghayati penulisan ini dengan hati yang suci dan bersih agar sama-sama kita menerapkan rasa cinta kepada ulama ini.
Pendatang dari Hadramaut, Jazirah Arabia, yang mendirikan Masjid Luar Batang tahun 1736. Ia dihadiahi sebidang tanah di Kampung Luar Batang yang terletak dekat Pelabuhan Sunda Kelapa oleh Jenderal Belanda kerana dianggap telah berjasa. Di tempat ini, dia kemudian menyebarkan Islam. Dia merupakan putera kedua Siti Fatima. Hal ini dapat dilihat pada catatan tertulis berbingkai di dinding depan pintu makam. Di sebuah marmar yang tertampal pada tembok makamnya, tertulis tanggal kematiannya hari Khamis, 24 Jun 1756 H. Dia beserta muridnya, Abdul Kadir bin Adam, dimakamkan di masjid. Dulu makam mereka terletak di dalam masjid, namun kerana perluasan bangunan, kemudian dipindah di luar masjid.
![]() |
Makam Abdul Kadir bin Adam |
Al-Habib Husein bin Abu Bakar Alaydrus dilahirkan di Yaman Selatan, tempatnya di daerah Hadhramaut, tiga abad yang silam. Dia dilahirkan sebagai anak yatim, yang dibesarkan oleh seorang ibu di mana sehari-harinya hidup daripada hasil memintal benang pada perusahaan tenun tradisional. Habib Husein ketika kecil hidup dalam kesederhanaan. Setelah memasuki usia belia, sang ibu menitipkan Habib Husein pada seorang “Alim Sufi”. Di sanalah dia menerima tempaan pembelajaran tariqah. Di tengah-tengah kehidupan di antara murid-murid yang lain, dapat dilihat Habib Husein memiliki perilaku dan sifat-sifat yang lebih daripada teman-temannya.
Daripada sumber yang lain, beliau dilahirkan di sebuah desa yang bernama Ma’ibad, Hadhramaut, Yaman Selatan, dan pada usianya yang ke 11 tahun, beliau ditinggal wafat oleh ayahnya. Al-Imam Husein Bin Abu Bakar Alaydrus memiliki silsilah yang sampai kepada Baginda Rasulullah s.a.w., di mana salasilah beliau iaitu al-Imam Husein Bin Abu Bakar Bin Abdullah Bin Husein Bin Ali Bin Muhammad Bin Ahmad Bin Husein Ibnil Imam Syamsi Syumus Abdullah Alaydrus Akbar. Daripada sumber yang lain, Habib Husein bin Abu Bakar bin Abdullah bin Husein bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Husein bin Abdullah bin Abu Bakar al-Sakran bin Abdurrahman Assaqqaf bin Muhammad Maula Al-Dawilah bin Ali bin Alwi bin Muhammad Al-Faqih Al-Muqaddam bin Ali bin Muhammad Shahib Mirbath.
Selepas mangkat ayahnya, al-Imam Husein Bin Abu Bakar Alaydrus berhijrah ke Kota Tarim, dan ternyata di pintu Kota Tarim telah menunggu seorang wali besar, iaitu Quthbil Irsyad, al-Imam Abdullah Bin Alwi al-Haddad, yang langsung menyambut kedatangan daripada al-Imam Husein Bin Abu Bakar Alaydrus. Setelah tiba di Kota Tarim, beliau didampingi oleh al-Imam Abdullah Bin Alwi al-Haddad langsung berziarah kepada Sayyidina Faqih Muqaddam al-Imam Muhammad Bin Ali Ba’alawi, Sayyidina Abdurrahman Bin Muhammad Assegaf dan Datuk Beliau Sayyidina Abdullah Alaydrus Akbar. Al-Imam Abdullah Bin Alwi al-Haddad mengatakan kepada beliau bahawa semalam datukmu, Sayyidina Abdullah Alaydrus Akbar datang kepadaku dan mengkhabarkan tentang kedatanganmu wahai Husein.
Al-Imam Husein Bin Abu Bakar Alaydrus menimba ilmu kepada Quthbil Irsyad, al-Imam Abdullah Bin Alwi al-Haddad, dan menurut nukilan daripada al-Habib Ali Bin Husein al-Attas dalam kitabnya Taajul A’rasy mengatakan bahawa al-Imam Husein Bin Abu Bakar Alaydrus sebelum hijrah ke Indonesia, beliau telah mendapatkan mandat kepercayaan dari pada guru beliau al-Imam Abdullah Bin Alwi al-Haddad untuk melaksanakan da’watul islam.
Setiap ahli tariqat sentiasa memiliki panggilan untuk melakukan hijrah, dalam rangka menyiarkan islam ke belahan bumi Allah. Untuk melaksanakan keinginan tersebut Habib Husein tidak kekurangan akal, dia bergegas menghampiri para kafilah dan musafir yang sedang melakukan jual beli di pasar pada setiap hari Jumaat. Setelah dipastikan mendapatkan tumpangan daripada salah seorang kafilah yang hendak bertolak ke India, maka Habib Husein segera menghampiri ibunya untuk meminta izin. Walau dengan berat hati, seorang ibu harus melepaskan dan merelakan kepergian puteranya. Habib Husein cuba membesarkan hati ibunya sambil berkata : “ janganlah takut dan berkecil hati, apapun akan ku hadapi, sentiasa bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Dia bersama kita.” Akhirnya berangkatlah al-Habib Husein menuju daratan India.
Sampailah al-Habib Husein di sebuah kota bernama “Surati” atau lebih dikenali kota Gujerat, sedangkan penduduknya beragama Buddha. Mulailah Habib Husein menyiarkan Islam di kota tersebut dan kota-kota sekitarnya. Kedatangan Habib Husein di kota tersebut membawa Rahmatan Lil-Alamin. Kerana daerah yang asalnya kering dan tandus, kemudian dengan kebesaran Allah maka berubah menjadi daerah yang subur. Agama Islam pun tumbuh berkembang. Hingga kini belum ditemukan sumber yang pasti berapa lama Habib Husein bermukim di India. Tidak lama kemudian dia melanjutkan misi hijrahnya menuju wilayah Asia Tenggara, hingga sampai di Pulau Jawa, dan menetap di Kota Batavia, sebutan Kota Jakarta dalam tempoh yang terdahulu.
Batavia adalah pusat pemerintahan Belanda, dan pelabuhannya adalah Sunda Kelapa. Maka tidak hairan kalau pelabuhan itu dikenali sebagai pelabuhan yang teramai dan terbesar di zamannya. Pada tahun 1736 M datanglah al-Habib Husein bersama para pedagang dari Gujerat di pelabuhan Sunda Kelapa. Di sinilah tempat persinggahan terakhir dalam menyiarkan Islam. Beliau mendirikan surau sebagai pusat penggembangan ajaran Islam. Dia banyak di kunjungi bukan sahaja dari daerah sekitarnya, melainkan juga datang dari berbagai daerah untuk belajar Islam atau banyak juga yang datang untuk di doakan. Pesatnya pertumbuhan dan minat orang yang datang untuk belajar agama Islam kepada Habib Husein mengundang kesinisan daripada pemerintah VOC, yang di pandang akan menggangu ketertiban dan keamanan. Akhirnya Habib Husein beserta beberapa pengikut utamanya di jatuhi hukuman, dan ditahan di penjara Glodok.
Daripada sumber yang lain, al-Imam Husein Bin Abu Bakar Alaydrus kemudian berhijrah ke Asia Timur dan sampai di Indonesia, lalu setibanya di Pulau Jawa, tempatnya di Pelabuhan Sunda Kelapa, beliau diusir kembali oleh penjajah Belanda. Akhirnya dengan bantuan para Muhibbin di malam hari dengan menggunakan sekoci beliau tiba kembali di Pelabuhan Sunda Kelapa. Beliau kemudian berdakwah di tanah Batavia ini dan pada saat itu penjajah Belanda sangat sensitif kepada para ulama kerana di Sunda Kelapa ini masih ada bekas-bekas pertempuran Sunda Kelapa yang berada di bawah pimpinan daripada Sunan Gunung Jati al-Imam Syarif Hidayatullah dan Fatahillah, sehingga penjagaannya sangat ketat dan dicurigai al-Habib Husein Bin Abu Bakar Alaydrus sebagai pemberontak, akhirnya beliau dimasukkan ke dalam penjara, yang berada di sekitar Glodok.
Perjuangan dakwah al-Imam Husein Bin Abu Bakar Alaydrus sangatlah luar biasa, dan salah satu karamah beliau adalah pada pagi hari beliau berada di dalam penjara sementara anehnya menjelang maghrib beliau sudah tidak ada di dalam penjara, beliau menyampaikan dakwah-dakwahnya di musolla dan masjid-masjid, sehingga membuat takut para pengawal penjara dan akhirnya ketua pengawal penjara tersebut meminta agar Habib Husein keluar sahaja dari dalam penjara tapi beliau menolaknya sampai akhirnya beliau keluar dari penjara dengan keinginannya sendiri.
Pada suatu ketika di dalam perjalanan dakwahnya, al-Imam Husein Bin Abu Bakar Alaydrus melihat seorang tentera Belanda yang memang memiliki akhlak yang baik terhadap beliau, di mana tentera Belanda ini selalu menegur dan ramah terhadap beliau. Akhirnya Habib Husein memanggilnya dan mengatakan bahawa tentera Belanda tersebut kelak akan menjadi Gabenor, di Batavia. Tentera Belanda tersebut berkata sambil tertawa “mana mungkin aku menjadi seorang Gabenor”. Selang beberapa bulan kemudian tentera Belanda tersebut dipanggil ke negerinya dan kembali ke Batavia untuk dipercayai menjadi Gabenor.
Tentera Belanda yang kini telah menjadi Gabenor teringat akan Habib Husein dan menemui beliau seraya takjub atas perkataan daripada Habib Husein dan sebagai balasannya tentera ini memberikan hadiah berupa wang, bahkan emas, tetapi semuanya ditolak oleh Habib Husein. Kerana Gabenor tersebut memaksa, akhirnya al-Habib Husein Bin Abu Bakar Alaydrus berkata bahawa " Jika engkau ingin memberiku hadiah, maka berikanlah aku tanah yang berada di luar pelabuhan Sunda Kelapa yang saat itu sedang surut ". Tentera Belanda tersebut terkejut dan berkata " Sia-sia bila aku berikan tanah tersebut, sebentar lagi air akan naik dan daratan itu akan terendam air laut ". Al-Habib Husein berkata “bila engkau berikan sekarang, maka mulai saat ini air tidak akan pernah pasang bahkan hingga yaumil qiyamah”.. Allahu Akbar.. sehingga akhirnya diberikanlah tanah tersebut.
Al-Habib Husein Bin Abu Bakar Alaydrus memiliki tanah 10 hektar dan di atas tanah tersebut, kemudian pertama kali yang dibangunkan oleh al-Imam Husein Bin Abu Bakar Alaydrus adalah masjid, kemudian rumah beliau yang saat ini menjadi tempat pusaranya beliau. Dan semenjak itu, dipajak tanah-tanah tersebut yang besarnya sampai 10 hektar dengan keluli dan batang-batang sehingga daerah ini dikenal dengan sebutan “Luar Batang”, disebabkan diluar pelabuhan Sunda Kelapa muncullah batang-batang. Di sini beliau bersama salah satu muridnya Haji Abdul Qodir yang merupakan penterjemahnya mengajarkan kepada murid-muridnya yang datang dari Banten, Indramayu, Cirebon, Tuban Gresik dan pelosok-pelosok kota lain di Indonesia.
1. Menjadi mesin pemintal
Di masa belia, di tanah kelahirannya iaitu di daerah Hadhramaut – Yaman Selatan, Habib Husein berguru pada seorang Alim Sufi. Di hari-hari cuti, dia pulang untuk menyambut ibunya. Pada suatu malam ketika dia berada di rumahnya, ibu Habib Husein meminta tolong agar dia bersedia membantu mengerjakan pintalan benang yang ada di gudang. Habib Husein segera menyanggupi, dan dia segera ke gudang untuk mengerjakan apa yang diperintahkan oleh ibunya. Makan malam juga telah disediakan. Menjelang pagi hari, ibu Husein membuka pintu gudang. Dia sangat hairan kerana makanan yang disediakan masih segar belum dimakan Husein. Selanjutnya dia sangat kagum melihat hasil pintalan benang begitu banyaknya. Si ibu tercengang melihat kejadian ini. Dalam benaknya terfikir bagaimana mungkin hasil pemintalan benang yang seharusnya dikerjakan dalam beberapa hari, malah hanya dikerjakan kurang dari semalaman, sedangkan Habib Husein dijumpai dalam keadaan tidur nyenyak disudut gudang. Kejadian ini dilihat oleh ibunya dan diceritakan kepada guru tariqat yang membimbing Habib Husein. Mendengar cerita itu maka dia bertakbir sambil berucap : “ sungguh Allah berkehendak pada anakmu, untuk di memperolehnya darjat yang besar disisi-Nya, hendaklah ibu berbesar hati dan jangan bertindak keras kepadanya, rahsiakanlah segala sesuatu yang terjadi pada anakmu.”
2. Menyuburkan Kota Gujerat
Hijrah pertama yang disinggahi oleh Habib Husein adalah di daratan India, tempatnya di kota Surati atau lebih dikenal Gujerat. Kehidupan kota tersebut bagaikan kota mati kerana dilanda kekeringan dan wabak kolera. Kedatangan Habib Husein di kota tersebut disambut oleh ketua adat setempat, kemudian dia dibawa kepada ketua wilayah serta beberapa penasihat paranormal dan Habib Husein diperkenalkan sebagai titisan dewa yang dapat menyelamatkan negeri itu daripada bencana. Habib Husein menyanggupi bahawa dengan pertolongan Allah, dia akan mengubah negeri ini menjadi sebuah negeri yang subur, tetapi dengan syarat mereka mengucapkan dua kalimat syahadah dan menerima Islam sebagai agamanya. Syarat tersebut juga mereka sanggupi dan berbondong-bondong warga di kota itu belajar agama Islam. Akhirnya mereka diperintahkan untuk membangunkan ladang dan sebuah kolam. Setelah pembangunan keduanya diselesaikan, maka dengan kekuasaan Allah turun hujan yang sangat lebat, membasahi seluruh daratan yang tandus. Sejak itu pula tanah yang kering berubah menjadi subur. Sedangkan warga yang terserang wabak penyakit dapat sembuh, dengan cara mandi di kolam buatan tersebut. Dengan demikian kota yang dahulunya mati, kini secara beransur-ansur kehidupan masyarakatnya menjadi sejahtera.
3. Mengislamkan tawanan
Setelah menjalani kehidupan, masyarakat Gujerat berubah daripada kehidupan yang kekeringan dan hidup miskin menjadi subur serta masyarakatnya hidup sejahtera, maka Habib Husein melanjutkan hijrahnya ke daratan Asia Tenggara untuk tetap menyiarkan Islam. Beliau menuju pulau Jawa, dan akhirnya menetap di Batavia. Pada masa itu hidup dalam jajahan pemerintahan VOC Belanda. Pada suatu malam Habib Husein dikejutkan oleh kedatangan seorang yang berlari padanya kerana dikejar oleh tentera VOC. Dengan pakaian basah kuyub dia meminta perlindungan kerana akan dikenakan hukuman mati. Dia adalah tawanan daripada sebuah kapal dagang Tionghoa. Keesokan harinya datanglah pasukan tentera berkuda VOC ke rumah Habib Husein untuk menangkap tawanan yang dikejarnya. Beliau tetap melindungi tawanan tersebut, sambil berkata : “Aku akan melindungi tawanan ini dan aku adalah jaminannya.” Rupanya ucapan tersebut sangat ditakuti oleh pasukan VOC. Semua menundukkan kepala dan akhirnya pergi, sedangkan tawanan Tionghoa itu sangat berterima kasih, sehingga akhirnya dia memeluk Islam.
4. Menjadi Imam di Penjara
Dalam masa sekejap, telah banyak orang yang datang untuk belajar agama Islam. Rumah Habib Husein banyak dikunjungi para muridnya dan masyarakat setempat. Keramaian umat yang datang membuat penguasa VOC menjadi khuatir akan menggangu keamanan. Akhirnya Habib Husein beserta beberapa pengikut utamanya ditangkap dan dimasukan ke penjara Glodok. Bangunan penjara itu juga dikenal dengan sebutan “Seksi Dua.” Rupanya dalam tahanan, Habib Husein ditempatkan dalam kamar terpisah dan ruangan yang sempit, sedangkan pengikutnya ditempatkan di ruangan yang besar bersama tahanan yang lain. Polis penjara dibuat terhairan-hairan kerana ditengah malam melihat Habib Husein menjadi imam diruangan yang besar, memimpin solat bersama-sama para pengikutnya. Hingga menjelang subuh masyarakat di luar pun ikut bermakmum. Akan tetapi anehnya dalam waktu yang bersamaan pula polis penjara tersebut melihat Habib Husein tidur nyenyak di kamar ruangan yang sempit itu, dalam keadaan tetap terkunci. Kejadian tersebut berkembang menjadi buah bibir dalam kalangan pemerintahan VOC. Dengan segala pertimbangan akhirnya pemerintah Belanda meminta maaf atas penahanan tersebut, Habib Husein beserta semua pengikutnya dibebaskan daripada tahanan.
5. Si Sinyo menjadi Gubernur
Pada suatu hari, Habib Husein dengan ditemani oleh seorang mualaf Tionghoa yang telah berubah namanya adalah Abdul Kadir duduk berteduh di daerah Gambir. Di saat mereka beristirehat, datanglah seorang Sinyo (anak Belanda) dan mendekati Habib Husein. Dengan seketika Habib Husein menghentakkan tangannya ke dada anak Belanda tersebut. Si Sinyo terkejut dan berlari ke arah pembantunya. Dengan cepat Habib Husein meminta temannya untuk menghampiri pembantu anak Belanda tersebut, untuk menyampaikan pesan agar disampaikan kepada majikannya, bahawa kelak anak ini akan menjadi seorang pembesar di negeri ini. Seiring berjalannya waktu, anak Belanda itu melanjutkan ke sekolah tinggi di negeri Belanda. Kemudian setelah lulus, dia dipercayai dan diangkat menjadi Gabenor Batavia.
6. Cara Berkirim Wang
Gabenor Batavia yang pada masa kecilnya telah diramal oleh Habib Husein bahawa kelak akan menjadi orang besar di negeri ini, ternyata memang benar adanya. Rupanya Gabenor muda itu menerima wasiat daripada ayahnya yang baru saja meninggal dunia. Diwasiatkan kalau memang apa yang dikatakan Habib Husein menjadi kenyataan diminta agar dia membalas budi dan jangan melupakan jasa Habib Husein. Akhirnya Gabenor Batavia menghadiahkan beberapa karung wang kepada Habib Husein. Wang itu diterimanya, tetapi dibuangnya ke laut. Demikian pula setiap pemberian wang berikutnya, Habib Husein selalu menerimanya, tetapi juga dibuangnya ke laut. Gabenor yang memberi wang menjadi hairan dan akhirnya bertanya mengapa wang pemberiannya selalu dibuang ke laut. Dijawabnya oleh Habib Husein bahawa wang tersebut dikirimkan untuk ibunya ke Yaman. Gabenor itu merasa bingung, akhirnya diperintahkan penyelam untuk mencari karung wang yang dibuang ke laut, dan hasil, tidak satu keping wang pun ditemukan. Selanjutnya Gabenor Batavia tetap berupaya untuk membuktikan kebenaran kejadian ganjil tersebut, maka dia mengutus seseorang negeri Yaman untuk bertemu dan menanyakan kepada ibu Habib Husein. Sekembalinya dari Yaman, orang suruhan Gabenor tersebut melaporkan bahawa benar adanya. Ibu Habib Husein telah menerima sejumlah wang yang dibuang ke laut tersebut pada hari dan tanggal yang sama.
7. Kampung Luar Batang
Gabenor Batavia sangat penuh perhatian kepada Habib Husein. Dia menanyakan apa keinginan Habib Husein. Jawabnya : “Saya tidak mengharapkan apapun daripada tuan.” Akan tetapi, Gabenor itu sangat bijak, dihadiahkanlah sebidang tanah di kampung baru, sebagai tempat tinggal dan peristirehatan yang terakhir.
Habib Husein telah dipanggil dalam usia muda, ketika berumur kurang lebih 30-40 tahun. Meninggal pada hari Khamis tanggal 17 Ramadhan 1169 atau bertepatan tanggal 27 Jun 1756 M. sesuai dengan peraturan pada masa itu bahawa setiap orang asing harus di kuburkan di pemakaman khusus yang terletak di Tanah Abang. Sebagaimana layaknya, jenazah Habib Husein diusung dengan kurung batang (keranda). Ternyata sampainya di perkuburan jenazah Habib Husein tidak ada dalam kurung batang. Anehnya jenazah Habib Husein kembali berada di tempat tinggal semula. Dalam bahasa lain, jenazah Habib Husein keluar daripada kurung batang, pengantar jenazah cuba kembali mengusung jenazah Habib Husein ke perkuburan yang dimaksudkan, namun demikian jenazah Habib Husein tetap sahaja keluar dan kembali ke tempat tinggal semula. Akhirnya para pengantar jenazah memahami dan bersepakat untuk memakamkan jenazah Habib Husein di tempat yang merupakan tempat rumah tinggalnya sendiri. Kemudian orang menyebutnya “Kampung Baru Luar Batang” dan kini dikenal sebagai “Kampung Luar Batang.”
![]() |
Kawasan Makam Luar Batang |
![]() |
Makam al-Habib Husein bin Abu Bakar Alaydrus |
![]() |
Ukiran Batu |
![]() |
Kawasan Dalam Makam al-Habib Husein |
Catatan :
Dulu pernah ada cerita pada waktu itu ada seseorang warga pergi ke pasar dan dia membeli daging mentah dan pulang ke rumah beliau mendengar khabar bahawa Habib Husein bin Abu Bakar al-Idrus pulang kerahmatullah, maka bergegas dia pergi ke masjid untuk ikut bersama-sama solat jenazah. Setelah selesai solat jenazah dan ikut menguburkan dia kembali ke rumah dan menyuruh isterinya untuk segera memasak daging tersebut. Namun hingga beberapa lamanya isteri memasak daging itu tidak masak-masak dan masih keliatan seperti daging segar, sedang keanehan yang terjadi isterinya pun mengeluh kepada suaminya; “bang ko daging yang saya masak tidak mateng-mateng ? padahal sudah hampir setengah hari saya memasak daging itu, tapi daging itu tetap segar !. Suaminya pun juga diliputi keanehan tersebut !. Setelah beberapa lama dia berfikir akhirnya dia teringat sesuatu, sewaktu dia mengikuti majlis taklim yang diadakan oleh Habib Husein bin Abu Bakar al-Idrus , beliau pernah berceramah bahawa " barangsiapa yang mensolati aku sewaktu aku meninggal dunia nanti, maka dia dia tidak akan tersentuh oleh api neraka. " Akhirnya dia mengambil pelajaran yang sangat berharga daripada peristiwa keanehan tersebut, dia berdoa kepada Allah, " Ya Allah, mudah-mudahan aku terlindung daripada jilatan api nereka kerana memuliakan kekasih-Mu. "
Sekian sahaja beberapa kisah, ibrah dan latar belakang al-Allamah al-Habib Husein bin Abu Bakar Alaydrus yang muhajir dapat kisahkan kepada para pembaca. Masya-Allah, tabarakallah, setiap taipan muhajir sering hati ini kagum dan amat mencintai wali Allah ini kerana karamahnya sangat luar biasa. Mudah-mudahan dengan kemuliaan tersebut, muhajir dapat menziarahi makam wali besar ini di Tanah Indonesia, wallahu'alam.
Sumber :
[1] https://sachrony.wordpress.com/
[2] http://ahlulbaitrasulullah.blogspot.my/
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وبارك وسلم والحمدلله رب العالمين
Tiada ulasan:
Catat Ulasan