الحمد لله الذي علم بالقلم ، علم الانسان ما لم يعلم ، وصلاة والسلام على سيدنا محمد أفصح العرب والعجم ، خاتم النبيين والمرسلين وعلى آله وأصحابه الطاهرين خيرالأمم . أما بعد ،
Bertemu lagi muhajir kepada sekalian pembaca dalam menelusuri arus zaman yang semakin hari semakin tersebarnya kemungkaran di atas muka bumi ini. Marilah kita sama-sama menginsafi diri yang hina dan fakir ini di pintu pengabdian Allah s.w.t. yang sentiasa terbuka bagi orang-orang yang bertaubat dan kembali kepada jalan yang lurus dan itulah jalan yang sering dilalui oleh para walinya Allah iaitu jalan Ahlus Sunnah wal Jama'ah.
Muhajir ingin menulis sedikit pengalaman berkenaan dengan pembelajaran yang sedang dipelajari berkenaan dengan ilmu ketamadunan. Daripada perspektif umum, kita dapat mengetahui bagaimana tamadun itu terbina dan berkembang dalam sesebuah ketamadunan dunia. Apabila diperhatikan, sedikit sebanyak pengkhususan Diploma Bahasa Arab dan Tamadun Islam ini banyak memberikan manfaat bagi diri muhajir. Dengan ilmu ketamadunan, muhajir dapat menelaah atau mengkaji bagaimana permulaannya tamadun dunia khususnya tamadun Islam serta perkembangan islam di Nusantara ini. Peluang yang diberikan ataupun nikmat kurniaan Allah ini amat bernilai bagi muhajir kerana ditempatkan dalam kalangan orang yang dipilih bagi mengetahui selok belok tamadun Islam dan yang terpenting sekali adalah bagaimana permulaan sejarah ilmu tasawwuf itu yang ingin sangat dikaji oleh muhajir.
Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam, marilah kita sama-sama merenung maksud sebenar tamadun islam ini yang telah ditakrifkan oleh beberapa ulama terkemuka seperti Syed Naquib al-Attas, Said Hawa, Sayyid Qutb dan Seyyed Hossein Nasr. Muhajir ingin membawa satu sahaja definisi iaitu daripada Syed Naquib al-Attas, seperti mana yang beliau terangkan :
Analisis yang mendalam terhadap sirah Rasulullah s.a.w. akan membawa seseorang kepada hakikat bahawa pembinaan generasi unggul telah mula dilakukan oleh Rasulullah sejak baginda diutus sebagai Rasul. Malah di tangan bagindalah masyarakat Arab mula melalui proses transformasi sosial dan kebudayaan. Maka kita dapat katakan kejayaan umat Islam baik di Andalusia mahupun di sebelah dunia lainnya bertunjangkan asas-asas yang telah dibina oleh Rasulullah s.a.w. di Madinah. Andalusia tidak berdiri sendiri di dalam ruang kosong, ia hasil daripada himpunan tradisi kecemerlangan yang akarnya adalah pandangan alam Islam dan tunjangnya adalah Tauhid.
Begitulah serba sedikit yang muhajir ingin kongsikan kepada para pembaca kerana sedikit ilmu ini untuk disampaikan. Moga-moga pemahaman kita terhadap sejarah Islam semakin mekar kerana jika kita melihat dunia sekarang ini sangat lari daripada landasannya, tidak sepertimana kegemilangan tamadun-tamadun Islam seperti dahulu kala. Sebagai pengakhiran, muhajir ingin berterima kasih kepada Ustaz Mohd Shupian bin Majid (Fiqh Sirah), Ustaz Yusrizal bin Mohd Yunus (Tamadun Asia Tenggara, Tamadun Uthmaniyyah), Ustazah Nurizan binti Baharum (Tamadun Islam dan Tamadun Umaiyyah), dan Ustazah Norahida binti Mohamed (Tamadun Abbasiyyah) yang telah mencurahkan ilmu kepada muhajir tentang ilmu ketamadunan. Akhirul kalam, muhajir ingin memohon maaf jikalau penulisan ini menguris hati para pembaca dan kelemahan itu moga diampunkan bagi sekalian pencinta ilmu serta ditempatkan kita semua dalam pintu rahmat Allah s.w.t., wallahu'alam.
Sumber:
[1] Jurnal Hadhari Bil. 2 (2009) 15-31, Faktor Kegemilangan Tamadun Islam : Pengajaran Dari Masa Lalu, Dr. Khalif Muammar A. Harris
Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam, marilah kita sama-sama merenung maksud sebenar tamadun islam ini yang telah ditakrifkan oleh beberapa ulama terkemuka seperti Syed Naquib al-Attas, Said Hawa, Sayyid Qutb dan Seyyed Hossein Nasr. Muhajir ingin membawa satu sahaja definisi iaitu daripada Syed Naquib al-Attas, seperti mana yang beliau terangkan :
" Tamadun Islam adalah suatu keadaan kehidupan insan bermasyarakat
yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur
bagi seluruh masyarakatnya. "
Dapat kita simpulkan bahawa tamadun ini memerlukan sebuah kelompok atau bani atau lebih dikenali sebagai kaum yang dibentuk untuk menjalankan sesuatu aktiviti kemasyarakatan. Melalui aktiviti itu, dapat kita perhatikan bagaimana ia dikaitkan dengan pembentukan adab dalam kalangan manusia yang semakin hari semakin halus akhlaknya sehingga mencapai satu budaya yang hebat yang dicipta sendiri oleh sebuah kaum dan menjadi mata dunia dalam kemurniaan sejarah Islam.
![]() |
Buku TITAS yang Digunakan Muhajir Bagi Semester 2 dan 3 |
Di atas sebuah pintu gerbang universiti Andalusia tertulis dengan megah: “Dunia ini dibangunkan di atas empat tiang utama: keilmuan para sarjana, keadilan para pemimpin, doa orang-orang Soleh dan keberanian para pahlawan (Hitti 1970).” Keunggulan tamadun Islam, baik yang berlaku di Andalusia mahupun di sebelah dunia lainnya, bertitik tolak daripada keunggulan Islam. Sehingga seseorang dengan penuh keyakinan dapat mengatakan bahawa tanpa Islam, bangsa Arab, Parsi, Sepanyol, Turki dan Melayu, tidak akan pernah mengecapi zaman kegemilangan sebagaimana mereka kecapi setelah mereka menerima Islam.
Begitulah serba sedikit yang muhajir ingin kongsikan kepada para pembaca kerana sedikit ilmu ini untuk disampaikan. Moga-moga pemahaman kita terhadap sejarah Islam semakin mekar kerana jika kita melihat dunia sekarang ini sangat lari daripada landasannya, tidak sepertimana kegemilangan tamadun-tamadun Islam seperti dahulu kala. Sebagai pengakhiran, muhajir ingin berterima kasih kepada Ustaz Mohd Shupian bin Majid (Fiqh Sirah), Ustaz Yusrizal bin Mohd Yunus (Tamadun Asia Tenggara, Tamadun Uthmaniyyah), Ustazah Nurizan binti Baharum (Tamadun Islam dan Tamadun Umaiyyah), dan Ustazah Norahida binti Mohamed (Tamadun Abbasiyyah) yang telah mencurahkan ilmu kepada muhajir tentang ilmu ketamadunan. Akhirul kalam, muhajir ingin memohon maaf jikalau penulisan ini menguris hati para pembaca dan kelemahan itu moga diampunkan bagi sekalian pencinta ilmu serta ditempatkan kita semua dalam pintu rahmat Allah s.w.t., wallahu'alam.
![]() |
Ustazah Norahida binti Mohamed |
![]() |
Ustazah Nurizan binti Baharum |
![]() |
Ustaz Mohd Shupian bin Majid |
![]() |
Ustaz Yusrizal bin Mohd Yunus |
Sumber:
[1] Jurnal Hadhari Bil. 2 (2009) 15-31, Faktor Kegemilangan Tamadun Islam : Pengajaran Dari Masa Lalu, Dr. Khalif Muammar A. Harris
[2] Buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Abdullah Zhidi Omar, Dr Raudhah Ali, Dr Roslina Suratmu, Mohd Nahi Abdullah, Mohd Hilmi Rozali, Mahdi Shuid
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وبارك وسلم والحمدلله رب العالمين
Tiada ulasan:
Catat Ulasan