Ahad, 16 Februari 2014

Jaulah Arabiyyah 2

الحمد لله الذي علم بالقلم ، علم الانسان ما لم يعلم ، وصلاة والسلام على سيدنا محمد أفصح العرب والعجم ، خاتم النبيين والمرسلين وعلى آله وأصحابه الطاهرين خيرالأمم . أما بعد ،


Muhajir dan Pelajar SBPI Kuantan



Alhamdulillah, pengalaman demi pengalaman telah banyak yang muhajir kongsikan kepada para pencinta ilmu dan para pencinta Nabi Muhammad s.a.w.. Penulisan menjadi lumrah bagi muhajir kerana kecintaan kepada ilmu itu selalu membuak-buak dalam hati ini bagai gunung berapi yang menunggu untuk meletus. Tunggu masanya untuk diri ini bergelar seorang ulama atau mungkin tidak kerana kalimah tersebut mempunyai sejuta satu makna bagi para ilmuwan. Tetapi kecintaan kepada pena dan kertas adalah hati dan jasad terhadap muhajir. Seperti kalam seorang ulama tersohor iaitu al-Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi (Penyusun Maulid Simtud Durar), beliau berkata :

" Setiap yang ditulis akan abadi dan sesuatu yang hanya dihafal
akan hilang. "


Tanpa melengahkan masa yang terluang, muhajir ingin menceritakan serba sedikit pengalaman daripada rentetan terdahulu iaitu Jaulah Arabiyyah. Kali ini, muhajir dipilih oleh ustazah untuk mengikuti satu lagi jaulah yang bertempat di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), Kuantan. Terasa debar dalam hati ini kerana berhadapan dengan pelajar-pelajar intelek yang jauh lagi berilmu daripada muhajir. Namun atas amanah yang diberi, hati ini tetap melaksanakannya demi mencapai redha Allah s.w.t..

Saat tiba di SBPI Kuantan, muhajir dan sahabat terus memasuki dewan utama sekolah tersebut bagi membuat persiapan aktiviti yang ingin dijalankan.


Dewan Utama SBPI, Kuantan

Setelah itu, barulah pelajar-pelajar dikumpulkan di dalam dewan untuk mendengar sesi taklimat. Pelajar yang terlibat adalah daripada kalangan pelajar tingkatan 5 yang bakal mengambil SPM pada tahun ini. Taklimat disampaikan oleh Ustazah Afifah dan sedikit pencerahan mengenai kelebihan mempelajari bahasa arab daripada Ustaz Mahathir atau lebih dikenali Abang Mahathir yang sentiasa muhajir seru namanya. 

Taklimat Daripada Ustazah Afifah

Perkongsian oleh Ustaz Mahathir

Seterusnya, barulah aktiviti dijalankan seperti yang dirancang. Muhajir terasa riang dengan gelagat pelajar-pelajar yang sentiasa mesra dengan abang-abang dan kakak-kakak fasilitator yang menjadi pembimbing mereka. 

Perbincangan Kumpulan

Aktiviti semakin rancak dengan pelajar ke hulu ke hilir bak percakapan orang Pekan iaitu tempat tinggal muhajir. Checkpoint demi checkpoint mereka bertungkus lumus menyelesaikan teka teki bahasa arab yang dibuat oleh muhajir dan sahabat serta para asatizah. 

Perbincangan Kumpulan

Perbincangan Kumpulan

Setelah selesai menyelesaikan teka teki di setiap checkpoint, para pelajar diminta kembali ke dalam dewan semula untuk aktiviti seterusnya. 

Perbincangan Kumpulan

Seusai semua kumpulan yang dibentuk kembali ke dewan, barulah aktiviti seterusnya dijalankan iaitu setiap kumpulan diminta untuk membentang di hadapan, hasil usaha mereka dalam menyelesaikan teka teki bahasa arab di setiap checkpoint.

Pembentangan Pelajar

Pembentangan Pelajar

Setelah selesai pembentangan daripada para pelajar, barulah acara kemuncak dilaksanakan iaitu ucapan daripada pengetua sekolah tersebut dan tidak lupa ucapan juga disampaikan oleh Ustazah Nurizan selaku Ketua Jabatan Bahasa Arab KUIPSAS. Penyampaian hadiah kepada para pelajar juga berlangsung dalam majlis penutupan tatkala sesi bergambar untuk kenang-kenangan juga tidak dilupakan bagi mengamit memori gembira bersama para pelajar SBPI Kuantan.

Bacaan Doa 

Ucapan Daripada Ustazah Nurizan

Ucapan Daripada Pengetua Sekolah

Penyampaian Hadiah

Penyampaian Hadiah

Penghargaan Buat KUIPSAS

Gambar Kenangan Jabatan Bahasa Arab KUIPSAS &
SBPI Kuantan

Demikianlah pengalaman muhajir mengikuti program " Jaulah Arabiyyah " kali yang kedua di SBPI, Kuantan. Moga-moga perjalanan program ini diberkati oleh Allah s.w.t dan pengakhiran ini adalah pengakhiran yang mulia di sisi Allah s.w.t.. Setelah program anjuran Jabatan Bahasa Arab selesai, muhajir dan sahabat-sahabat pun pulang ke kolej semula. Muhajir ingin memohon maaf jikalau setiap penulisan muhajir ada menguris hati para pembaca, moga sama-sama kita mendapat keampunan daripada Allah s.w.t., wallahu'alam.


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وبارك وسلم والحمدلله رب العالمين










Tiada ulasan:

Catat Ulasan