الحمد لله الذي علم بالقلم ، علم الانسان ما لم يعلم ، وصلاة والسلام على سيدنا محمد أفصح العرب والعجم ، خاتم النبيين والمرسلين وعلى آله وأصحابه الطاهرين خيرالأمم . أما بعد ،
![]() |
Syeikh Tambuh Ali Bin Syeikh Baqir al-Farisi |
Puji-pujian bagi Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat dan ke atas kekasih mulia Nabi Muhammad s.a.w. muhajir panjatkan selawat dan salam ke atas baginda. Dalam masa yang sama, muhajir telah mengisahkan tentang wali Allah yang sangat masyhur di Nusantara iaitu al-Habib Husein bin Abu Bakar Alaydrus. Tetapi pada kali ini, muhajir ingin membawa pula salasilah seorang wali Allah yang jarang didengari dan dikenali iaitu Syeikh Tambuh Ali bin Syeikh Baqir al-Farisi daripada keturunan Salman al-Farisi r.a..
Serba terperinci akan muhajir ceritakan mengenai beliau dan moga-moga para pembaca menghayati penulisan ini dengan hati yang suci dan bersih agar sama-sama kita menerapkan rasa cinta kepada ulama ini.
Beliau dilahirkan pada tanggal 20 Ramadhan 787 H di Demak, Indonesia. Wafat pada 21 Syawal 1021 H di Condro, Itali. Beliau pernah menuntut ilmu agama di Masjidil Haram Mekah selama 10 tahun. Beliau pada waktu siang berpuasa, membaca al-Qur’an pada malam hari, zikir pada waktu malam dengan bertakbir dan membaca selawat pada siang hari. Asal beliau adalah dari Parsi atau sekarang dikenali dengan nama Iran. Tarekat beliau adalah Tarekat Maghribiyyah.
Isteri-isteri beliau adalah Cut Nazilah dari Aceh, Sheikhah Aisyah Binti Muhammad Al Marbawi dari Aceh, Signorita Miguela dari Portugis, dan Roro Wulandari Bibi dari Minak Koncar Lumajang. Keturunan-keturunan beliau tersebar di beberapa Bangsa.
Dongeng lain yang tentunya diciptakan setelah masuknya Islam mengisahkan bahawa pada zaman dahulu, daerah ini merupakan kerajaan jin yang diperintah oleh dua raksasa. Syeikh Subakir, seorang penyebar agama Islam, datang ke daerah iniuntuk berdakwah. Tidak rela atas kedatangan Syeikh tersebut terjadilah perkelahian antara Raja Jin melawan Syeikh. Ternyata Raja Jin dapat dikalahkan oleh Syeikh Subakir. Raja Jin dan isterinya kemudian melarikan diri ke Laut Selatan bergabung dengan Nyai Rara Kidul yang merajai Laut Selatan. Sebelum lari Raja Jin bersumpah akan kembali ke Gunung Tidar kecuali rakyat di daerah ini rela menjadi pengikut Syeikh Subakir.
Lagenda ini sangat melekat bagi masyarakat tradisional Jawa, tidak sekadar di Magelang, tetapi juga ke daerah-daerah lain di Jawa, bahkan sampai di Lampung dan pelusuk negara. Apalagi pemerintah Kota Magelang menjadikan Tidar sebagai simbol atau maskot daerah dengan menempatkan Gunung Tidar yang dilambangkan dengan gambar paku di dalam logo pemerintahan. Di samping itu nama-nama tempat begitu banyak menggunakan nama Tidar, seperti nama Rumah Sakit Umum Daerah, nama Perguruan Tinggi, nama Terminal dan lain-lain. Yang semuanya menguatkan Gunung Tidar menjadi lagenda abadi.
Beliau adalah Syeikh Tambuh Ali Bin Syeikh Baqir (Syeikh Subakir) bin
Abdullah bin Ali bin Ahmad bin Ali bin Ahmad bin Abdullah bin Ahmad bin
Muhammad bin Ahmad bin Ali bin Abu Bakar bin Salman bin Hasyim bin Ahmad bin
Badrudin bin Barkatullah bin Syafiq bin Badrudin bin Omar bin Ali bin Salman al-Farisi.
Beliau dilahirkan pada tanggal 20 Ramadhan 787 H di Demak, Indonesia. Wafat pada 21 Syawal 1021 H di Condro, Itali. Beliau pernah menuntut ilmu agama di Masjidil Haram Mekah selama 10 tahun. Beliau pada waktu siang berpuasa, membaca al-Qur’an pada malam hari, zikir pada waktu malam dengan bertakbir dan membaca selawat pada siang hari. Asal beliau adalah dari Parsi atau sekarang dikenali dengan nama Iran. Tarekat beliau adalah Tarekat Maghribiyyah.
Isteri-isteri beliau adalah Cut Nazilah dari Aceh, Sheikhah Aisyah Binti Muhammad Al Marbawi dari Aceh, Signorita Miguela dari Portugis, dan Roro Wulandari Bibi dari Minak Koncar Lumajang. Keturunan-keturunan beliau tersebar di beberapa Bangsa.
Wilayah dakwah beliau meliputi daerah Lumajang dan sekitarnya.
Perjuangannya menyebarkan agama Islam memberi pencerahan mengatasi kegelapan
dan kemusyrikan masyarakat. Dengan keramatnya, semua manusia dan haiwan tunduk
menuruti ajakan beliau dengan senang hati.
”Dalam lagenda yang beredar di Pulau Jawa dikisahkan, sudah beberapa kali utusan dari Arab, untuk menyebarkan Agama Islam di Tanah Jawa khususnya, dan Indonesia pada umumnya telah gagal secara besarnya. Disebabkan orang-orang Jawa pada waktu itu masih kukuh memegang kepercayaan lama. Dengan tokoh-tokoh ghaibnya masih sangat menguasai bumi dan laut di sekitar Pulau Jawa. Para ulama yang dikirim untuk menyebarkan Agama Islam mendapat halangan yang sangat berat,meskipun berkembang tetapi hanya dalam lingkungan yang kecil, tidak boleh berkembang secara meluas. Secara besar dapat dikatakan gagal. Maka diutuslah Syeikh Subakir untuk menyebarkan agama Islam dengan membawa batu hitam yang dipasang di Sumatera Nusantara, untuk Tanah Jawa diletakkan di tengah-tengahnya iaitu di Gunung Tidar . Kesan daripada kekuatan ghaib suci yang dimunculkan oleh batu hitam menimbulkan gejolak, mengamuklah para makhluk : Jin, syaitan dan makhluk halus lainnya. Syeikh Subakirlah yang mampu meredam amukan daripada mereka. Akan tetapi mereka bersumpah dengan berkata: “ Walaupun kamu sudah mampu meredam amukan kami, kamu dapat mengembangkan agama Islam di Tanah Jawa, tetapi Kudratullah tetap masih berlaku atas ku ingat itu wahai Syeikh Subakir.” “Apa itu?” kata Syeikh Subakir. Kata Jin, “Aku masih dibolehkan untuk menggoda manusia, termasuk orang-orang Islam yang imannya masih lemah”.
Syeikh Subakir diutus ke Tanah Jawa bersama-sama dengan Wali Songo tempoh pertama, yang diutus oleh Sultan Muhammad I dari Istanbul, Turki, untuk berdakwah di Pulau Jawa pada tahun 1404 M, mereka diantaranya:

1. Maulana Malik Ibrahim, berasal dari
Turki,Ahli Politik.
2. Maulana Ishaq, berasal dari
Samarkand, Rusia Selatan, Ahli Perubatan.
3. Maulana Ahmad Jumadil Kubro, dari Mesir.
4. Maulana Muhammad al-Maghribi, berasal
dari Moroco.
5. Maulana Malik Isro’il, dari Turki,
Ahli Politik.
6. Maulana Muhammad Ali Akbar, dari Persia
(Iran), Ahli Perubatan.
7. Maulana Hasanudin, dari Palestin.
8. Maulana Aliyudin, dari Palestin.
9. Syeikh Subakir, dari Iran, Ahli Perubatan
Islam.
Keadaan daerah Magelang dikelilingi oleh berbagai lagenda. Salah satu dongeng yang hidup dalam kalangan rakyat mengisahkan, sebagaimana dikisahkan M. Bambang Pranowo (2002), bahawa pada zaman dahulu kala, ketika Pulau Jawa baru saja diciptakan oleh Sang Maha Pencipta dalam bentuk tanah yang terapung-apung di lautan luas, tanah tersebut sentiasa bergerak ke sana ke mari. Seorang dewa kemudian diutus turun daripada kayangan untuk memaku tanah tersebut agar berhenti bergerak. Kepala dari paku yang digunakan untuk memaku Pulau Jawa tersebut akhirnya menjadi sebuah gunung yang kemudian dikenal sebagai Gunung Tidar. Gunung yang terletak di pinggir selatan Kota Magelang yang kebetulan berada tepat di bahagian tengah Pulau Jawa tersebut memang berbentuk kepala paku, kerana itu Gunung Tidar dikenali luas sebagai “Pakuning Tanah Jawa”.
Keadaan daerah Magelang dikelilingi oleh berbagai lagenda. Salah satu dongeng yang hidup dalam kalangan rakyat mengisahkan, sebagaimana dikisahkan M. Bambang Pranowo (2002), bahawa pada zaman dahulu kala, ketika Pulau Jawa baru saja diciptakan oleh Sang Maha Pencipta dalam bentuk tanah yang terapung-apung di lautan luas, tanah tersebut sentiasa bergerak ke sana ke mari. Seorang dewa kemudian diutus turun daripada kayangan untuk memaku tanah tersebut agar berhenti bergerak. Kepala dari paku yang digunakan untuk memaku Pulau Jawa tersebut akhirnya menjadi sebuah gunung yang kemudian dikenal sebagai Gunung Tidar. Gunung yang terletak di pinggir selatan Kota Magelang yang kebetulan berada tepat di bahagian tengah Pulau Jawa tersebut memang berbentuk kepala paku, kerana itu Gunung Tidar dikenali luas sebagai “Pakuning Tanah Jawa”.
Dongeng lain yang tentunya diciptakan setelah masuknya Islam mengisahkan bahawa pada zaman dahulu, daerah ini merupakan kerajaan jin yang diperintah oleh dua raksasa. Syeikh Subakir, seorang penyebar agama Islam, datang ke daerah iniuntuk berdakwah. Tidak rela atas kedatangan Syeikh tersebut terjadilah perkelahian antara Raja Jin melawan Syeikh. Ternyata Raja Jin dapat dikalahkan oleh Syeikh Subakir. Raja Jin dan isterinya kemudian melarikan diri ke Laut Selatan bergabung dengan Nyai Rara Kidul yang merajai Laut Selatan. Sebelum lari Raja Jin bersumpah akan kembali ke Gunung Tidar kecuali rakyat di daerah ini rela menjadi pengikut Syeikh Subakir.
Lagenda ini sangat melekat bagi masyarakat tradisional Jawa, tidak sekadar di Magelang, tetapi juga ke daerah-daerah lain di Jawa, bahkan sampai di Lampung dan pelusuk negara. Apalagi pemerintah Kota Magelang menjadikan Tidar sebagai simbol atau maskot daerah dengan menempatkan Gunung Tidar yang dilambangkan dengan gambar paku di dalam logo pemerintahan. Di samping itu nama-nama tempat begitu banyak menggunakan nama Tidar, seperti nama Rumah Sakit Umum Daerah, nama Perguruan Tinggi, nama Terminal dan lain-lain. Yang semuanya menguatkan Gunung Tidar menjadi lagenda abadi.
Begitulah sedikit salasilah dan latar belakang Syeikh Subakir yang dapat muhajir ceritakan, mungkin para pembaca tertanya-tanya adakah salasilah ini benar ataupun tidak; namun lemah diri ini untuk menjawab kerana hanya berpandukan maklumat daripada rakan-rakan blog tanpa usul pemeriksaan dalam kitab mahupun buku-buku yang menceritakan tentang beliau. Akan tetapi, bagi muhajir Syeikh Subakir adalah ulama Nusantara yang banyak berjasa kepada Tanah Jawa di Indonesia dalam penyebaran Islam dan merupakan salah seorang wali Allah yang tersembunyi identiti kewaliannya. Moga-moga dengan apa yang disampaikan dapat memberi kesan dalam hati kalian terhadap kemuliaan Syeikh Subakir di sisi Allah s.w.t., wallahu'alam.
Sumber :
[1] http://alaviya.blogspot.my/
[2] https://www.facebook.com/notes/hermawan-mencari-kesetiaan/
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وبارك وسلم والحمدلله رب العالمين
Tiada ulasan:
Catat Ulasan