Sabtu, 25 Januari 2014

Jaulah Arabiyyah 1

الحمد لله الذي علم بالقلم ، علم الانسان ما لم يعلم ، وصلاة والسلام على سيدنا محمد أفصح العرب والعجم ، خاتم النبيين والمرسلين وعلى آله وأصحابه الطاهرين خيرالأمم . أما بعد ،

Jaulah Arabiyyah Di SMA Sultan Ismail



Alhamdulillah, bersyukur puji ke hadrat Allah s.w.t. dan selawat serta salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.. Pada malam yang mubarakah ini, muhajir teringin untuk berkongsi sedikit pengalaman yang buat pertama kali bagi muhajir menyertai satu program yang telah diadakan oleh Jabatan Bahasa Arab KUIPSAS. Pertama kali muhajir menyertai program yang dikenali sebagai " Jaulah Arabiyyah " di salah sebuah sekolah di Terengganu iaitu Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail. 

Muhajir dengan sekumpulan pelajar Jabatan Bahasa Arab bertolak pada paginya dan sampai di sana lebih kurang jam 3.50 petang. Kami menetap di salah sebuah chalet untuk bermalam di situ bagi persiapan untuk program esoknya. Keinginan bagi pelajar lelaki untuk bermain di pantai pada petangnya, akan tetapi takdir Allah, rahmat turun mencurah ke bumi Terengganu menyebabkan kami hanya merehatkan sendi-sendi di dalam rumah sahaja.

Sahabat Muhajir Sedang Menonton TV

Suasana Di Dalam Chalet


Selepas Isyak, muhajir dan sahabat-sahabat pergi menikmati makan malam bersama para pensyarah di salah sebuah restoran yang berhampiran bandar Dungun. Di sana, kami menikmati makan malam yang penuh dengan hidangan sehingga berat hati muhajir ingin menjamahnya kerana para hukama berkata " ulama itu hanya makan sedikit dan secukupnya untuk mereka merasa kelazatan dunia. " Terlihat riang pada wajah sahabat-sahabat muhajir menikmati makanan yang serba percuma daripada Ustaz dan Ustazah.


Sahabat Muhajir

Ustaz Fairuz & Pemandu Bas

Hadi & Razmi (Sahabat Muhajir)

Keesokan paginya barulah muhajir dan sahabat menjalankan tugas masing-masing di sekolah yang sudah ditetapkan. Permulaan kami hanya bersarapan di kafeteria sekolah dan sedikit perbincangan sebelum memulakan aktiviti. Kami diberikan taklimat oleh Ustaz dan Ustazah bagaimana tentatif program berlangsung dan yang seronoknya bagi muhajir adalah pada paginya diadakan " Explorace Bahasa Arab " untuk pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 bagi sekolah tersebut. Berikut adalah suasana aktiviti yang dijalankan di SMA Sultan Ismail :

Abang Mazlan & Razmi

Sekumpulan Fasilitator Lelaki

Pelajar-pelajar Sedang Mendengar Taklimat Daripada
Ustazah Norillah dan Ustazah Seriayuna

Ustazah Norillah & Ustazah Seriayuna

Perjalanan Aktiviti

Perjalanan Aktiviti

Aktiviti sangat memenatkan sehingga ke petangnya namun bagi muhajir ini adalah salah satu wasilah yang ingin Allah tunjukkan bagaimana jalan menuntut ilmu itu sangat sulit sehingga ingin meraih Futuhal Arifin  agak sukar sekali. Tapi inilah jalan yang penuh iktibar dan pengalaman yang muhajir tidak akan lupakan. Seterusnya, diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan penghargaan bagi pihak SMA Sultan Ismail atas kerjasama menjayakan " Jaulah Arabiyyah " ini. Sedikit masa terluang diselitkan dengan persembahan Nasyid oleh pelajar lelaki sekolah tersebut. 

Persembahan Nasyid

Penyampaian Hadiah

Penyampaian Hadiah

Penghargaan Buat KUIPSAS

Penghargaan Buat KUIPSAS

Penghargaan Buat KUIPSAS ( Ustazah Mainura )

Penghargaan Buat KUIPSAS

Penghargaan Buat Fasilitator Terbaik (Abang Safwan)

Demikianlah pengalaman muhajir mengikuti program " Jaulah Arabiyyah " di SMA Sultan Ismail, Dungun, Terengganu. Moga-moga perjalanan program ini diberkati oleh Allah s.w.t dan pengakhiran ini adalah pengakhiran yang mulia di sisi Allah s.w.t.. Setelah program anjuran Jabatan Bahasa Arab selesai, muhajir dan sahabat-sahabat pun pulang ke chalet dan berkemas untuk pulang ke kolej semula. Muhajir ingin memohon maaf jikalau setiap penulisan muhajir ada menguris hati para pembaca, moga sama-sama kita mendapat keampunan daripada Allah s.w.t., wallahu'alam.


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وبارك وسلم والحمدلله رب العالمين







Rabu, 15 Januari 2014

Rumah Allah, Rumahnya Para Kekasih (Wali) Allah

الحمد لله الذي علم بالقلم ، علم الانسان ما لم يعلم ، وصلاة والسلام على سيدنا محمد أفصح العرب والعجم ، خاتم النبيين والمرسلين وعلى آله وأصحابه الطاهرين خيرالأمم . أما بعد ،


Masjid KUIPSAS


Perkarangan Masjid KUIPSAS


Dimulakan penulisan ini dengan puji syukur kepada Allah s.w.t. yang memberi peluang kepada muhajir untuk menulis dan selawat serta salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.. Terungkai dalam satu hadis :

" Daripada Abdullah bin Mas’ud, Rasulullah s.a.w. bersabda ”Sesungguhnya rumah-rumah Allah di bumi ini adalah masjid-masjid, dan sesungguhnya hak (wajib) atas Allah untuk memuliakan orang yang menziarahinya di masjid-masjid.” (Riwayat at-Thabrani) "

Demikian mafhumnya yang mensyarahkan bahawa masjid adalah penghulu segala binaan daripada tangan-tangan manusia dan kewajiban ke atas sekalian makhluk yang bernama manusia mengimarahkannya  kerana Allah s.w.t. akan memuliakan mereka sebagaimana mereka memuliakan rumah-rumah Allah (masjid). 

Pengabdian diri bagi ahli-ahli tasawwuf amat meresap dalam hati dan jasad mereka. Tiada tempat yang paling istimewa dan sempurna amalannya selain menziarahi orang-orang soleh dan rumah Allah. Mereka bagaikan satu sinaran yang menerangi cahaya di setiap penjuru masjid kerana tiang-tiang binaan itulah menjadi tempat mereka mencari keredhaan dan rahmat Allah s.w.t. 


Suasana Dalam Masjid KUIPSAS

Pertama kali muhajir melangkah ke dalam masjid Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), keadaan sekeliling tenang dan setiap penjuru masjid mempunyai tiang iaitu 2 di depan, 2 di tengah dan 2 lagi di belakang. Setiap tiang-tiang ini mempunyai rahsia tersendiri di mana ia adalah tempat para solihin bertaqarrub kepada Allah Azza wa Jalla.

Dengan demikianlah, masjid merupakan tempat yang paling Allah cintai berbanding dengan tempat-tempat yang menjadi perkara sia-sia bagi manusia. Seperti mafhumnya hadis dalam kitab al-Masajid wa Mawadhi’ as-Shalah karangan Imam Muslim rahimahullah iaitu :

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, “Bagian negeri yang paling Allah cintai adalah masjid-masjidnya, dan bagian negeri yang paling Allah benci adalah pasar-pasarnya. " (Riwayat Muslim)

Jemaah Yang Sedang Berwirid

Dan janganlah antara kamu sekalian manusia mendabik dada atau menyombongkan diri ketika berkehendak menunaikan ibadah di rumah-rumah Allah. Muhajir perhatikan ramai pelajar yang pergi menunaikan solat di masjid hanya sekadar melihat tuntutan dan ganjaran pahala semata-mata. Mereka tidak menyelami hakikat keadaan di masjid yang mempunyai seribu satu rahmat dan pengampunan di sisi Allah, maka bertebaran sekalian hati yang lupa akan pencipta-Nya yang semata-mata " Aku dipandang manusia, aku ini sentiasa pergi ke masjid ". Janganlah kamu melihat ibadah itu sebagai medan kamu menonjolkan diri kerana kelak menjadi kerugian bagi kamu saat dibagikan kitab amalan kamu di hadapan Allah s.w.t. Seperti firman Allah s.w.t. dalam surah al-Jin ayat ke 18 :

Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorangpun di dalamnya di samping (menyembah) Allah. "

Sebahagian Pelajar Yang Mendengar Kuliah Maghrib

Sesungguhnya darjat orang-orang yang pergi ke masjid ini sentiasa dimuliakan Allah s.w.t. kerana mereka adalah antara golongan yang dipilih oleh Allah s.w.t. untuk mendapat kecintaan daripada Allah s.w.t.. Demikianlah bagaimana rasa cinta ini terpaut dalam setiap hati-hati yang cintakan Allah di mana hati-hati inilah yang menjadi saksi di hari kiamat untuk menyatakan tujuan pengibadahan mereka kepada Allah s.w.t.. Hati-hati inilah yang dimiliki para walinya Allah kerana mereka ini mempunyai hati-hati yang sentiasa bercahaya umpama cahaya bulan purnama. Seperti dalam hadis :

Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang datang menuju masuk dan keluar dari masjid (keluar masuk masjid untuk ibadah) maka Allah jadikan setiap ia keluar dan masuk itu derajat lebih tinggi baginya di surga. " (Riwayat Bukhari)

Pak Cik Yang Sentiasa Istiqomah Bagi Muhajir

Alhamdulillah, sekian sahaja daripada peringatan yang ingin muhajir sampaikan kepada antum semua. Semoga dengan penulisan ini, kita sama-sama memperoleh manfaat dan barakah Allah s.w.t. serta menghidupkan hati-hati yang mati kepada cahaya keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.. Muhajir ingin memohon maaf jikalau ada terkasar bahasa mahupun terguris hati sesetengah pihak atas penulisan ini, wallahu'alam.


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وبارك وسلم والحمدلله رب العالمين





Isnin, 13 Januari 2014

Bahasa Arab Fusoha'?, Ujian Bagi Muhajir

الحمد لله الذي علم بالقلم ، علم الانسان ما لم يعلم ، وصلاة والسلام على سيدنا محمد أفصح العرب والعجم ، خاتم النبيين والمرسلين وعلى آله وأصحابه الطاهرين خيرالأمم . أما بعد ،


Alhamdulillah, ke hadrat Allah s.w.t. dan junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. yang menempatkan diri muhajir berada dalam kalangan orang-orang yang bermujahadah. Dengan kesempatan ini, muhajir ingin menulis serba sedikit ilmu yang mungkin bermanfaat kepada antum semua dan moga-moga kita dapat amalkannya serta mengambil iktibar daripada apa yang disampaikan.

Baru-baru ini, menjelang pembukaan yang baru, banyak ujian sudah dilalui muhajir sejak perkenalannya dengan kisah Kota Tarim mahupun yang berkaitan dengannya. Daripada satu sudut yang mencabar, bahasa arab pula menolak muhajir dalam satu arus yang perlu didayung walaupun agak sukar merentasinya. Mengikut perluasan fikiran, bagi muhajir, ini bukanlah satu halangan untuk mempelajari bahasa arab mahupun bertutur mengikut kefasihannya.

Ulama-ulama terdahulu pun pernah menghadapi kesukaran yang sama dalam menadah ilmu. Tiada kenal erti putus asa sehingga menunggu pembukaan pengetahuan ( Futuhal Arifin ) oleh Allah s.w.t. bagi memperoleh ilmu yang bermanfaat. Seperti yang diucapkan oleh pengasuh Rubat Tarim yang ketiga iaitu al-Habib Abdullah bin Umar as-Syatiri : 

" Sebagaimana ilmu nahwu sangat sulit bagi beliau, sampai beliau berujar (sebagaimana yang dituturkan putera beliau Habib Salim bin Abdullah as-Syatiri):”…..dulu saya punya kitab Kafrawi syarah al-Jurumiah yang penuh dengan air mata….. “ kerana sulitnya ilmu itu bagi beliau. Namun kemudian Allah s.w.t. menganugerahi beliau ke-futuh-an.”….tatkala saya berada di Mekkah, semua risalah yang datang, saya letakkan dibawah tempat tidur, saya berdo’a di Multazam agar Allah s.w.t. membukakan bagi saya ilmu yang bermamfaat, dan agar ilmu saya menyebar di bumi barat dan timur, maka acap kali saya berdo’a dengan do’a ini, terlintas dalam benak, bahawa saya akan menjadi musafir yang pindah dari  negeri satu ke negeri yang lain untuk mengajar umat, akan tetapi berapa lama umur manusia untuk semua itu ?…”. Maka Allah SWT mengabulkan do’a beliau, Allah SWT memudahkan perjalanan Rubat ini, sehingga para penuntut ilmu datang dari penjuru dunia, mereka menjadi ulama, dan menyebarkan ilmu mereka masing-masing maka menyebarlah ilmu beliau (Habib Abdullah bin Umar as-Syatiri) di timur dan barat. "

al-Habib Abdullah bin Umar as-Syatiri


Walaupun banyak cabaran mempelajari ilmu ini, namun muhajir wajib menguasainya kerana ilmu bahasa arab lah ilmu yang menjadi sumber kepada ilmu yang berbentuk sawabi' iaitu ilmu tauhid, ilmu fiqh dan ilmu tasawwuf yang berbentuk tetap. Tatkala hati ini selalu berbicara, walau betapa sukarnya seseorang itu mempelajari ilmu, akan ada ganjaran yang Allah s.w.t. simpan dan rahsiakan kepada penuntut ilmu yang bermujahadah. Seperti dalam hadis sahih dalam kitab Riyadhus Solihin karya Imam Nawawi :

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Barangsiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu syar’i, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju surga” (HR. Muslim) "
Dan demikianlah serba sedikit perkongsian yang dapat muhajir ceritakan, mohon maaf atas segala salah dan silap dalam pertuturan. Moga-moga dengan perkongsian ini kita mendapat berkat dan keampunan daripada Allah s.w.t. dan menanam rasa cinta kita kepada Nabi Muhammad s.a.w. atas warisan ilmu yang baginda tinggalkan kepada umatnya, wallahu'alam.

Kitab an-Nahwi at-Tatbiqi Yang Muhajir Pelajari Semasa Semester 2


Murabbiyyah, al-Ustazah Azlina binti Abdullah Hasim


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وبارك وسلم والحمدلله رب العالمين





Selasa, 7 Januari 2014

Daripada Tidur Yang Lena (Blok D209)

الحمد لله الذي علم بالقلم ، علم الانسان ما لم يعلم ، وصلاة والسلام على سيدنا محمد أفصح العرب والعجم ، خاتم النبيين والمرسلين وعلى آله وأصحابه الطاهرين خيرالأمم . أما بعد ،

Bilik Asrama Muhajir, Semester 2


Puji syukur kepada Allah s.w.t. yang telah memberi nikmat nyawa, iman dan islam kepada muhajir dan sekalian orang-orang beriman yang menuju ke arah ketaqwaan yang hak dan junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan rahmat sekalian alam. Pertama sekali, pada malam yang berkah ini, muhajir ingin berkongsi satu pengalaman yang sukar dilupakan mahupun dikisahkan melalui penulisan ini. Walau bagaimanapun, insya-Allah mungkin halangan ini adalah ujian kesabaran daripada Allah s.w.t. buat kita semua dan muhajir akan menceritakan serba sedikit tentangnya.

Pada malam kelmarinnya, daripada tidur yang lena, muhajir disentapkan dengan satu mimpi yang aneh dan amat memberi kesan yang besar dalam hati ini. Terlebih dahulu, muhajir ingin memohon maaf kerana tidak dapat menceritakan dengan lebih lanjut atau terperinci mimpinya, bahagian-bahagiannya amat sulit sekali diceritakan namun jikalau para pembaca ingin mengetahuinya, bermuzakarah secara berhadapan dengan muhajir itu lebih selesa. Sultanul Qulub al-Allamah al-Habib Munzir bin Fuad al-Musawa rahimahullah pernah berkata :

tiada jaminan bahwa mimpi itu benar kecuali mimpi Rasul saw, bisa dari syaitan dan bisa dari Allah, dan jika benar, bisa bermakna ia akan menjadi wali Allah, atau mempunyai sifat yg terpuji yg ada pd wali Allah maka ia dipuji dg pujian itu, misalnya seorang yg bukan shalihin yg benar benar sangat jauh dari dosa, lalu ia berbuat baik hingga diketahui oleh seorang yg berbudi luhur dan shalih, maka orang shalih itu berkata padanya : engkau memang orang shalih..padahal yg dimaksud adalah ia telah berbuat sesuatu amal mulia yg biasa ada pada para wali Allah swt. "

Moga-moga, Allah s.w.t. melindungi kita semua dengan rahmat dan berkat amalan kita dan menjauhkan kita daripada memperoleh tipu daya atau permainan syaitan yang menjanjikan kebinasaan bagi umat Nabi Muhammad s.a.w.. Muhajir ingin memohon maaf atas segala kesalahan dalam tutur kata dan mungkin menyulitkan pemahaman sesetengah hamba. Begitulah sedikit yang dapat disampaikan dan jikalau ingin mengetahui lebih lanjut, bertanyalah kepada para alim ulama' yang dapat menjelaskan situasi antum, wallahu'alam.


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وبارك وسلم والحمدلله رب العالمين






Rabu, 1 Januari 2014

Sebatang Pena Dari Tarim

الحمد لله الذي علم بالقلم ، علم الانسان ما لم يعلم ، وصلاة والسلام على سيدنا محمد أفصح العرب والعجم ، خاتم النبيين والمرسلين وعلى آله وأصحابه الطاهرين خيرالأمم . أما بعد ،



Sebuah penulisan itu banyak hikmah dan rahsianya, muhajir terdetik dalam satu-satu masa untuk menghasilkan satu karya. Di mana, karya ini bukanlah daripada muhajir sendiri kerana ini adalah warisan dari zaman Rasulullah s.a.w. lagi sehingga mencapai zaman para sahabah, para salafus soleh, para tabi', para tabi' tabi'in dan ulama-ulama muktabar masa kini. Hati sentiasa berbicara, apabila sudah memasuki satu dunia yang menularnya fitnah dan tersebarnya fahaman yang bertentangan dengan syariat, maka muhajir mengambil jalan menempuh satu bidang yang banyak furuq dan disiplin ilmunya iaitu ilmu agama.

Mungkin yang dahulunya sedikit jahil akan perihal agama, namun diri ini sentiasa tidak alpa dalam melihat siapa pencipta dan siapa yang wajib diibadahi dan disembah. Mungkin permainan teknologi, sains dan falsafah menjadi tunjang kejayaan di dunia pada masa itu akan tetapi muhajir mengetahui daripada lubuk hati bahawa tiada tercipta ilmu ini melalui ilmu yang menjadi syariat dan hakikat yakni ilmu agama. Dan demikianlah, muhajir terdetik mempelajari ilmu yang menjadi asas dalam segala cabang ilmu iaitu ilmu bahasa arab.

Tidak terdetik dalam hati ini sebenarnya ingin memasuki bidang yang paling mencabar, namun apakan daya kisah yang terdahulu tidak dapat dirungkai dengan kata-kata. Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah menjadi pilihan madrasah pertama bagi muhajir mempelajari ilmu agama. Di sinilah bermula pengorbanan dan mujahadah dalam mengapai impian untuk menjadi seorang ulama'. Walaupun sistem pembelajaran hampir sama dengan madrasah yang terdahulu, namun bi'ah persekitaran di kolej ini berbeza dengan apa yang muhajir fikirkan. 

Bermula semester pertama, muhajir masih terpinga-pinga mencari hala tuju sebenar mempelajari bahasa arab. Tatkala beberapa bulan berlalu, tibalah keputusan peperiksaan dikeluarkan dan syukur dengan takdir Allah mendapat keputusan yang membanggakan. Setelah sebulan bercuti, muhajir melangkah ke semester baru dan dalam rentetan inilah mengubah muhajir mengenal diri ini seorang hamba yang lemah dan fakir. Dan saat inilah, dalam hati dan fikiran mahupun jasad ini menilik satu perkara yang membuahkan iman muhajir yakni Kota Tarim.

Apa rahsianya?; Apa kaitan Tarim dengan Muhajir?; Mengapa kota itu sangat dekat dengan hati muhajir?; Mengapa kota itu sentiasa muncul dalam setiap langkah muhajir?. Persoalannya, kota itu bersangkut paut dengan golongan ahlul bait Rasulullah s.a.w. yang menjadi igauan dan kecintaan dalam hati muhajir. Hari demi hari muhajir mengkaji, menelaah setiap jurang-jurang yang berkaitan dengan Tarim, para-para Habib (Habaib), tasawwuf, sufi, Ba'alawi, dan tarekat.  

Dari sinilah bermulanya, muhajir meletakkan pena di tangan menulis rahsia cinta Kota Tarim, Hadhramaut, Yaman; wallahu'alam.


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وبارك وسلم والحمدلله رب العالمين