Sabtu, 25 Januari 2014

Jaulah Arabiyyah 1

الحمد لله الذي علم بالقلم ، علم الانسان ما لم يعلم ، وصلاة والسلام على سيدنا محمد أفصح العرب والعجم ، خاتم النبيين والمرسلين وعلى آله وأصحابه الطاهرين خيرالأمم . أما بعد ،

Jaulah Arabiyyah Di SMA Sultan Ismail



Alhamdulillah, bersyukur puji ke hadrat Allah s.w.t. dan selawat serta salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.. Pada malam yang mubarakah ini, muhajir teringin untuk berkongsi sedikit pengalaman yang buat pertama kali bagi muhajir menyertai satu program yang telah diadakan oleh Jabatan Bahasa Arab KUIPSAS. Pertama kali muhajir menyertai program yang dikenali sebagai " Jaulah Arabiyyah " di salah sebuah sekolah di Terengganu iaitu Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail. 

Muhajir dengan sekumpulan pelajar Jabatan Bahasa Arab bertolak pada paginya dan sampai di sana lebih kurang jam 3.50 petang. Kami menetap di salah sebuah chalet untuk bermalam di situ bagi persiapan untuk program esoknya. Keinginan bagi pelajar lelaki untuk bermain di pantai pada petangnya, akan tetapi takdir Allah, rahmat turun mencurah ke bumi Terengganu menyebabkan kami hanya merehatkan sendi-sendi di dalam rumah sahaja.

Sahabat Muhajir Sedang Menonton TV

Suasana Di Dalam Chalet


Selepas Isyak, muhajir dan sahabat-sahabat pergi menikmati makan malam bersama para pensyarah di salah sebuah restoran yang berhampiran bandar Dungun. Di sana, kami menikmati makan malam yang penuh dengan hidangan sehingga berat hati muhajir ingin menjamahnya kerana para hukama berkata " ulama itu hanya makan sedikit dan secukupnya untuk mereka merasa kelazatan dunia. " Terlihat riang pada wajah sahabat-sahabat muhajir menikmati makanan yang serba percuma daripada Ustaz dan Ustazah.


Sahabat Muhajir

Ustaz Fairuz & Pemandu Bas

Hadi & Razmi (Sahabat Muhajir)

Keesokan paginya barulah muhajir dan sahabat menjalankan tugas masing-masing di sekolah yang sudah ditetapkan. Permulaan kami hanya bersarapan di kafeteria sekolah dan sedikit perbincangan sebelum memulakan aktiviti. Kami diberikan taklimat oleh Ustaz dan Ustazah bagaimana tentatif program berlangsung dan yang seronoknya bagi muhajir adalah pada paginya diadakan " Explorace Bahasa Arab " untuk pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 bagi sekolah tersebut. Berikut adalah suasana aktiviti yang dijalankan di SMA Sultan Ismail :

Abang Mazlan & Razmi

Sekumpulan Fasilitator Lelaki

Pelajar-pelajar Sedang Mendengar Taklimat Daripada
Ustazah Norillah dan Ustazah Seriayuna

Ustazah Norillah & Ustazah Seriayuna

Perjalanan Aktiviti

Perjalanan Aktiviti

Aktiviti sangat memenatkan sehingga ke petangnya namun bagi muhajir ini adalah salah satu wasilah yang ingin Allah tunjukkan bagaimana jalan menuntut ilmu itu sangat sulit sehingga ingin meraih Futuhal Arifin  agak sukar sekali. Tapi inilah jalan yang penuh iktibar dan pengalaman yang muhajir tidak akan lupakan. Seterusnya, diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan penghargaan bagi pihak SMA Sultan Ismail atas kerjasama menjayakan " Jaulah Arabiyyah " ini. Sedikit masa terluang diselitkan dengan persembahan Nasyid oleh pelajar lelaki sekolah tersebut. 

Persembahan Nasyid

Penyampaian Hadiah

Penyampaian Hadiah

Penghargaan Buat KUIPSAS

Penghargaan Buat KUIPSAS

Penghargaan Buat KUIPSAS ( Ustazah Mainura )

Penghargaan Buat KUIPSAS

Penghargaan Buat Fasilitator Terbaik (Abang Safwan)

Demikianlah pengalaman muhajir mengikuti program " Jaulah Arabiyyah " di SMA Sultan Ismail, Dungun, Terengganu. Moga-moga perjalanan program ini diberkati oleh Allah s.w.t dan pengakhiran ini adalah pengakhiran yang mulia di sisi Allah s.w.t.. Setelah program anjuran Jabatan Bahasa Arab selesai, muhajir dan sahabat-sahabat pun pulang ke chalet dan berkemas untuk pulang ke kolej semula. Muhajir ingin memohon maaf jikalau setiap penulisan muhajir ada menguris hati para pembaca, moga sama-sama kita mendapat keampunan daripada Allah s.w.t., wallahu'alam.


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وبارك وسلم والحمدلله رب العالمين







Tiada ulasan:

Catat Ulasan