Sabtu, 1 Februari 2014

Juadah Mubarak ( Haflah Eid )

الحمد لله الذي علم بالقلم ، علم الانسان ما لم يعلم ، وصلاة والسلام على سيدنا محمد أفصح العرب والعجم ، خاتم النبيين والمرسلين وعلى آله وأصحابه الطاهرين خيرالأمم . أما بعد ،

Ketibaan Para Pelajar



Muhajir & Sahabat (Fadzil & Amirul)

Puji syukur kepada Allah s.w.t. yang masih lagi mengurniakan nyawa serta nikmat Islam dan Iman kepada muhajir serta hati-hati mukminin dan mukminat yang sentiasa mengharap keredhaan Allah s.w.t.. Alhamdulillah, muhajir ingin berkongsi sedikit penulisan ini dengan kalian berkenaan dengan satu hari di mana hari ini adalah hari kemenangan dan hari kemuliaan bagi umat Islam sejagat. Tidak lain inilah hari yang sentiasa dinantikan oleh umat Islam setelah sebulan kita berpuasa iaitu Hari Raya Aidilfitri.

Ramadhan yang barakah telah melabuhkan sayuhnya dan terus belayar meninggalkan sekalian hati-hati paranya wali dan para solihin yang ditangisi, mungkinkah tahun depannya bulan itu akan menyinggahi pelabuhan mulia ini lagi ataupun kita yang pergi meninggalkannya. Marilah sama-sama para pembaca, kita menginsafi diri yang hina dan penuh noda ini agar sentiasa berada di pintu pengharapan berhadapan dengan Allah Azza wa Jalla.

Sedikit perkongsian bagi muhajir iaitu di mana Jabatan Bahasa Arab KUIPSAS dengan kerjasama Persatuan Pelajar Jabatan Bahasa Arab telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Hotel Continental, Kuantan. Bagi muhajir, ini adalah bertepatan dengan hati yang sentiasa berbicara iaitu keikhlasan dan bersangka baik adalah perkara utama dalam menghadiri majlis-majlis perayaan. Tanggungjawab bagi saudara seislam itu adalah bertegur sapa dan menghindari perselisihan yang membawa kepada kebencian Allah s.w.t..

Abang Mazlan

Suasana Majlis

Suasana Majlis


Banyak keriangan yang berlaku ketika majlis berlangsung antaranya adalah persembahan Choral Speaking, Dikir Barat, Lakonan dan Nyanyian yang dipersembahkan oleh pelajar. Keseronokan dan ketawaan pada wajah sahabat-sahabat muhajir menyebabkan hati ini turut merasa keriangan majlis tersebut. Terutamanya apabila persembahan Dikir Barat yang dipersembahkan oleh pelajar semester 5 yang sangat menarik kegembiraan hati muhajir.

Choral Speaking (Semester 1)

Dikir Barat (Semester 5)

Setelah berakhirnya majlis, kami keluarga bahasa arab bergambar seketika untuk dibuat kenangan tetapi muhajir tidak bergambar sekali kerana sifat malu yang sukar dihakis. Walau bagaimanapun, muhajir tetap merasai kegembiraan dalam majlis yang telah dilaksanakan dan moga hati ini sentiasa mengingati Allah s.w.t.. Sekian sahaja perkongsian yang ingin muhajir ceritakan, jikalau terdapat salah dan silap mohon dimaafkan bagi para pembaca dan moga-moga kita semua sentiasa berdiri di hadapan Allah s.w.t. dengan keampunan daripada-Nya, wallahu'alam.

Sahabat Muhajir

Sahabat Muhajir


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وبارك وسلم والحمدلله رب العالمين










Tiada ulasan:

Catat Ulasan