Rabu, 1 Januari 2014

Sebatang Pena Dari Tarim

الحمد لله الذي علم بالقلم ، علم الانسان ما لم يعلم ، وصلاة والسلام على سيدنا محمد أفصح العرب والعجم ، خاتم النبيين والمرسلين وعلى آله وأصحابه الطاهرين خيرالأمم . أما بعد ،



Sebuah penulisan itu banyak hikmah dan rahsianya, muhajir terdetik dalam satu-satu masa untuk menghasilkan satu karya. Di mana, karya ini bukanlah daripada muhajir sendiri kerana ini adalah warisan dari zaman Rasulullah s.a.w. lagi sehingga mencapai zaman para sahabah, para salafus soleh, para tabi', para tabi' tabi'in dan ulama-ulama muktabar masa kini. Hati sentiasa berbicara, apabila sudah memasuki satu dunia yang menularnya fitnah dan tersebarnya fahaman yang bertentangan dengan syariat, maka muhajir mengambil jalan menempuh satu bidang yang banyak furuq dan disiplin ilmunya iaitu ilmu agama.

Mungkin yang dahulunya sedikit jahil akan perihal agama, namun diri ini sentiasa tidak alpa dalam melihat siapa pencipta dan siapa yang wajib diibadahi dan disembah. Mungkin permainan teknologi, sains dan falsafah menjadi tunjang kejayaan di dunia pada masa itu akan tetapi muhajir mengetahui daripada lubuk hati bahawa tiada tercipta ilmu ini melalui ilmu yang menjadi syariat dan hakikat yakni ilmu agama. Dan demikianlah, muhajir terdetik mempelajari ilmu yang menjadi asas dalam segala cabang ilmu iaitu ilmu bahasa arab.

Tidak terdetik dalam hati ini sebenarnya ingin memasuki bidang yang paling mencabar, namun apakan daya kisah yang terdahulu tidak dapat dirungkai dengan kata-kata. Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah menjadi pilihan madrasah pertama bagi muhajir mempelajari ilmu agama. Di sinilah bermula pengorbanan dan mujahadah dalam mengapai impian untuk menjadi seorang ulama'. Walaupun sistem pembelajaran hampir sama dengan madrasah yang terdahulu, namun bi'ah persekitaran di kolej ini berbeza dengan apa yang muhajir fikirkan. 

Bermula semester pertama, muhajir masih terpinga-pinga mencari hala tuju sebenar mempelajari bahasa arab. Tatkala beberapa bulan berlalu, tibalah keputusan peperiksaan dikeluarkan dan syukur dengan takdir Allah mendapat keputusan yang membanggakan. Setelah sebulan bercuti, muhajir melangkah ke semester baru dan dalam rentetan inilah mengubah muhajir mengenal diri ini seorang hamba yang lemah dan fakir. Dan saat inilah, dalam hati dan fikiran mahupun jasad ini menilik satu perkara yang membuahkan iman muhajir yakni Kota Tarim.

Apa rahsianya?; Apa kaitan Tarim dengan Muhajir?; Mengapa kota itu sangat dekat dengan hati muhajir?; Mengapa kota itu sentiasa muncul dalam setiap langkah muhajir?. Persoalannya, kota itu bersangkut paut dengan golongan ahlul bait Rasulullah s.a.w. yang menjadi igauan dan kecintaan dalam hati muhajir. Hari demi hari muhajir mengkaji, menelaah setiap jurang-jurang yang berkaitan dengan Tarim, para-para Habib (Habaib), tasawwuf, sufi, Ba'alawi, dan tarekat.  

Dari sinilah bermulanya, muhajir meletakkan pena di tangan menulis rahsia cinta Kota Tarim, Hadhramaut, Yaman; wallahu'alam.


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وبارك وسلم والحمدلله رب العالمين






1 ulasan:

  1. Jammy Monkey slot at the Borgata Hotel Casino & Spa
    Play Jammy 시흥 출장샵 Monkey slot at Borgata Hotel 정읍 출장샵 Casino 동두천 출장안마 & Spa. Get the BIGGEST SLOTS, MEGAWAYS, & ENCORES 이천 출장안마 delivered FREE. 시흥 출장샵

    BalasPadam