الحمد لله الذي علم بالقلم ، علم الانسان ما لم يعلم ، وصلاة والسلام على سيدنا محمد أفصح العرب والعجم ، خاتم النبيين والمرسلين وعلى آله وأصحابه الطاهرين خيرالأمم . أما بعد ،
Kalam al-Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad :
Begitulah sedikit sebanyak yang ingin muhajir berikan kepada pembaca-pembaca mengenai al-Habib Sholeh bin Muhammad al-Jufri. Mungkin terdapat kesalahan-kesalahan dalam penterjemahan muhajir yang mungkin pembaca-pembaca tidak memahaminya, namun mohon maaf atas segala kekurangan ilmu dalam penyampaian berkenaan sumber ilmiah ini. Mudah-mudahan dengan kehadiran al-Habib Sholeh bin Muhammad al-Jufri dapat kita mengambil seberapa banyak iktibar dan mencontohi akhlak beliau dalam berdakwah serta mendoakan beliau agar sentiasa dilimpahkan barakah dan rahmah ke atas beliau, wallahu'alam.
Sumber :
[1] https://pecintahabibana.wordpress.com/
"Mencintai orang-orang soleh ini adalah sa’adah yakni
kebahagiaan dunia dan akhirat. Awal darjat kesolehan seseorang itu adalah
apabila mereka mencintai orang-orang soleh yang dahulu.
Mencintai ulama. Orang yang tidak mencintai orang soleh maka
ianya bukan daripada kalangan orang-orang yang soleh."
Berdasarkan kalam al-Imam al-Qutub al-Haddad di atas, dapat kita rungkaikan bagaimana kelahiran orang-orang soleh di atas muka bumi ini adalah nikmat daripada Allah s.w.t. bagi seluruh manusia sekalian alam. Oleh itu, muhajir ingin membawa biografi seorang ulama yang masyhur di bumi Indonesia khususnya, iaitu al-Habib Sholeh bin Muhammad al-Jufri. Diharapkan agar para pembaca menghayati kisah ulama ini supaya rasa cinta kepada beliau berputik dalam hati kita menjadi sinar cahaya kesyukuran kepada Allah s.w.t.. Artikel ini hanya diulang dan dialih kepada bahasa Melayu dan ditambahbaikan oleh muhajir, moga-moga kita mendapatkan manfaat bersama.
Habib Sholeh al-Jufri termasuk generasi pertama pelajar-pelajar dari Indonesia yang dididik oleh Habib Umar al-Hafidz di Darul Musthofa, Tarim, Hadhramaut. Beliau terkenal sebagai penterjemah yang handal dari Surakarta.
Wajah Habib Sholeh kerap muncul di acara maulid atau kegiataan perayaan hari besar Islam. Beliau tampil sebagai pembicara pertama yang menggunakan bahasa Arab sangat fasih. Tentu bagi para jemaah yang tidak mengetahui bahasa Arab, akan mengalami kesulitan untuk menyemak isi tausiah pertama. Tetapi dengan kehadiran Habib, tausiah daripada pembicara pertama tadi dapat disemak dan dipetik hikmahnya kata-kata mutiara. Satu persatu isi tausiah, oleh Habib yang berusia 37 tahun ini, diterjemahkan dengan lancar dan tepat.
Itulah Habib Sholeh bin Muhammad Al-Jufri, selama ini memang lebih banyak dikenali sebagai penterjemah handal, khususnya bagi tetamu dari Timur Tengah. Habib Sholeh Al-Jufri, kerap kali para muhibbin memanggil Habib yang dilahirkan di Surakarta pada 30 September 1970. Selain dikenal sebagai penterjemah, beliau juga mengisi kegiatan sehari-hariannya sebagai Pengasuh Pondok Pesantren Darul Musthofa di Desa Salam RT 01/03, Kecamatan Karang Pandan, Kabupaten Karanganyar, Jawa Tengah, Indonesia.
Zaman kecilnya, Habib Sholeh banyak dididik oleh kedua orang tuanya di Surakarta. Selain itu, ayahnya juga mengundang guru mengaji ke rumahnya. Sehingga pendidikan sejak kanak-kanak sampai usia remaja, telah nampak susuk tubuh pada Habib Sholeh akan menjadi seorang da'i. Selain itu, beliau juga mengikuti pengajian di Zawiyah Habib Anis Al-Habsyi di Gurawan, Solo, mulai 1985.
Ketika menghadiri kelas dua SMP(Sekolah Menengah Pertama), beliau sudah bergabung dengan ahli-ahli dakwah di luar kota dan menyebarkan dakwah ke luar kota seperti berdakwah ke daerah Tapanuli, Padang, Lampung, bahkan sampai ke luar negeri, seperti ke Singapura, Malaysia, Brunei dan lain-lain. Ketika itu, beliau bergabung dengan para da'i yang ada di Kota Solo seperti Ustaz Abdulrahiem, KH Ikhwan, KH Dimyati, KH Jamil, dan lain-lain lagi.
Pada tahun 1990, beliau berkesempatan berkunjung ke India dan Pakistan untuk berziarah sekaligus bertemu dengan para alim ulama yang ada di dua negeri itu. Ketika di Pakistan itulah beliau bertemu dengan salah seorang Ustaz dari Yaman. Pada waktu itu Habib Sholeh belum fasih berbahasa Arab, dan akhirnya dia menggunakan pengantar bahasa Inggeris dan bercakap dengan Ustaz dari Yaman tersebut. Ternyata setelah berkenalan, Ustaz dari Yaman itu mempunyai sebuah madrasah dan menawarkan Habib Sholeh untuk belajar di Yaman Utara.
Akhirnya pulang dari Pakistan, beliau semakin bergiat dengan persiapan-persiapan untuk berangkat ke sana. Pada akhir tahun 1993, beliau baru mendapat izin daripada kedua orang tua untuk berangkat seorang diri ke Yaman dengan berbekalkan alamat daripada seorang Ustaz yang dikenalinya di Pakistan.
Setibanya di Yaman, beliau terus menuju berdasarkan alamat yang dipegang dan setelah mencari sejenak, akhirnya beliau menemukan alamat tersebut. Di tempat tersebut, Habib Sholeh belajar dengan Habib Musa bin Kadhim As-Segaff dan Habib Abdurahman bin Hafizh (adik beradik Habib Umar).
Melalui kedua gurunya itulah, Habib Sholeh mengetahui bahawasanya Habib Musa bin Kadhim dan Habib Abdurrahman adalah anak murid kepada Habib Umar Al-Hafizh, sehingga timbul dalam hatinya untuk belajar dengan Habib Umar. Beliau akhirnya mendapatkan izin belajar dengan Habib Umar di Hadhramaut.
Ketika dia akan berangkat ke Hadhramaut, ternyata di Yaman sedang tercetusnya perang saudara antara Yaman Utara dan Yaman Selatan. “Waktu itu, kita boleh melihat peluru dan bom yang bergelimpangan di atas kepala. Apalagi saat itu cuaca sedang cerah kerana musim panas yang luar biasa. Akibatnya kita tidak boleh tidur di dalam kamar, kerana estalase listrik juga mati (habis). Mahu tidak mahu, kita tidur di atas bangunan (atap rumah). Alhamdulillah saya berada di tempat itu dan dalam keadaan aman. Baru ketika dipastikan keadaan Yaman sudah aman betul, saya baru boleh berangkat ke Hadramaut,” katanya.
Ketika situasi perang sudah mulai reda, gencatan senjata pun sudah jarang terjadi, beliau segera berangkat menuju ke Tarim. Kota yang pertama kali ditujunya adalah Kota Syihr, iaitu tempat belajarnya di Ribat (pesantren) Musthofa.
Setelah menetap lebih kurang 1 bulan di Ribat Musthofa, barulah beliau ke Tarim untuk bertemu dengan Habib Umar untuk meminta izin menetap di Darul Musthofa, Tarim.
Pada ketika itu, Habib Umar berada di Syihr dan ketika bertemu dengan Habib Sholeh, Habib Umar secara tidak langsung tertarik untuk mengambil Habib Sholeh sebagai anak muridnya. Waktu itu, murid-murid dari Indonesia yang telah sampai kini sudah menetap selama dua bulan di Darul Musthofa. Generasi awal yang belajar bersama dengan Habib Umar bin Hafidz adalah Habib Jindan bin Novel Salim Jindan, Habib Munzir Al-Musawa, Habib Shodiq Baharun, Habib Quraisy Baharun, dan lain-lain lagi. "Jadi, Untuk kedatangan ke Tarim mereka dua bulan lebih dulu. Tapi kalau kedatangan ke Yaman, saya lebih dahulu,” ujarnya iaitu Habib Sholeh al-Jufri.
Kesan Tarim
Hari-hari di Darul Musthofa, Tarim dilalui dengan indah oleh Habib Sholeh. Setiap hari, waktu dimanfaatkan sebenar-benarnya untuk belajar dan mengkaji ilmu agama. Apatah lagi keinginanannya untuk menguasai bahasa arab secara mendalam, dapat diperoleh di Ribat, yang terkenal telah menghasilkan ratusan ulama daripada berbagai belahan dunia itu.
“Saya sangat terkesan sekali di Darul Musthofa.Walau daripada kecil saya mengembara dakwah dengan para Ustaz senior saya di Surakarta, dalam hati saya masih ada celah kekosongan. Itu semuanya saya peroleh di Darul Musthofa. Habib Umar duduk di situ, istilahnya batin saya sangat terpenuhi dengan ilmu dan kerohanian daripada Habib Umar,” katanya.
Uniknya, selama belajar di Darul Musthofa, beliau banyak sekali mendapatkan keajaiban-keajaiban yang ditemukan baik secara zahir mahupun batin. Setiap kali dia mempunyai permasalahan-permasalahan dan pertanyaan-pertanyaan di hati, kalau tidak mendapat jawapan daripada Habib Umar dengan lisan, akan terjawab melalui mimpi. “Sehingga sembuh kalau ada keraguan atau yang bingung terpenuhi di antaranya lewat mimpi. Ini sungguh luar biasa bagi saya. Seperti tanah yang kering kemarau sangat lama, kemudian terkena hujan,” kata Habib Sholeh.
Selama di Darul Mustofa, beliau pernah menjadi petunjuk kepada rakan-rakan seniornya, satu angkatan seperti Habib Munzir, Habib Hadi Alaydrus dan lain-lain dengan izin Habib Umar beliau bergabung dengan Jamaah Tabligh. Beliau menjalinkan kerjasama itu, di mana selama seminggu sekali, pelajar-pelajar diberi latihan untuk berdakwah.
Setelah beberapa bulan, akhirnya Habib Umar Al-Hafidz memutuskan gerakan dakwah para pelajar untuk berdikari atau berdiri sendiri. “Sampai sekarang, langkah dakwah para pelajar Darul Musthofa masih berjalan, mulai daripada yang mingguan dan bulanan,” tuturnya.
Di mana, setiap hari Khamis pagi, para pelajar Darul Musthofa diwajibkan untuk berangkat dakwah ke suatu daerah dan baru boleh pulang pada Jumaat pagi keesokannya. Sistemnya adalah pelajar-pelajar membuat rombongan, kemudian iktikaf di masjid dan berdakwah, dengan mengisi khutbah Jumaat atau ceramah setelah solat Jumaat.
Selama di Tarim, banyak sekali kenangan indah yang selalu dialaminya. Tarim menurut Habib Sholeh, memiliki adat yang luar biasa dan sudah terbentuk oleh salaf ratusan tahun yang lalu. “Saat Ramadhan dimaksimumkan untuk hari ibadah. Di mana di Tarim sudah menjadi tradisi untuk menghidupkan suasana malam yang luar biasa, jarang ditemui di negeri –negeri lain,” katanya.
Keistimewaan Tarim lainnya, kata Habib Sholeh, kota para wali ini merupakan sebuah madrasah yang besar bagi siapa saja yang datang dan mengambil ilmu. ”Tarim adalah sebuah kota Kecamatan, tapi kecamatan itu menjadi sebuah Madrasah yang besar. Bukan madrasah yang kecil dengan yayasan tertentu. Kecamatan Tarim adalah sekolah-sekolah, di situ dibentuk tradisi yang sudah ratusan tahun,” terangnya.
Di Tarim, majlis–majlis taklim diadakan dari pagi sampailah malam. Seperti selesai solat Subuh di tempat Sayyidina Alaydrus dan selesai solat Dhuha di tempat Mufti Bafadhal dan lain-lain. ”Uniknya, majlis taklim yang ada itu umurnya sudah ratusan dan tempat majlis taklimnya tidak berubah. Ilmu yang diajarkan selalu sama dan kitab-kitabnya selalu relevan untuk menjawab permasalahan-permasalahan zaman sekarang,” katanya.
Orang–orang yang masuk atau mengikuti majlis boleh membayangkan, dahulu orang-orang besar (para waliyullah) pernah duduk di situ, lanjutnya. “Dari Sayyidinia Abu Bakar Sakran, Faqih Muqaddam, dan lainnya, sehingga timbul suasana haru dan khusyuk bila hadir di majlis taklim. Demikian pula yang mengajar, kerana yang mengajar harus muasis yang pertama (atau masih keturunan dari pengasuh majlis taklim),” ucapnya.
Wajar ada sebuah pepatah orang Tarim yang berbunyi, “Tarim adalah guru bagi orang yang tidak punya guru.” Sehingga orang berjalan di mana-mana tidak akan kekeliruan, kerana akan boleh ditunjukkan oleh posisi kota Tarim sendiri.
Selama menimba ilmu di Darul Musthofa, selain belajar langsung dengan Habib Umar Al-Hafidz, beliau dan 29 pelajar Indonesia juga belajar dengan para alim ulama dan keturunan orang-orang besar yang ada di sana. Pada waktu itu, sememangnya sistem pelajaran Darul Musthofa, 50% pelajaran didapati di pondok, dan 50% selainnya belajar di majlis-majlis taklim dengan ulama-ulama seperti Habib Hasan Syatiri, Habib Salim Syatiri, Habib Abdullah bin Shahab, Habib Mashur Alaydrus, Syekh Fadl Bafadal, Habib Sa’ad Alaydrus dan lain-lain.
“Habib Umar hanya mendampingi, bahkan kerana sayangnya Habib Umar kepada kita, beliau membawa kereta sendiri. Kadang kita jalan kaki sampai 5 kilometer, dalam suasana panas, dan menembus gelap malam. Ini merupakan pendidikan mental zahir dan batin,” katanya.
Dakwah di Solo
Pada Tahun 1998, beliau bersama dengan generasi pertama yang belajar di Darul Musthofa, pulang ke tanah air dengan secara langsung dihantar oleh Habib Umar sendiri. Setelah pulang, beliau turut serta dalam majlis taklim Habib Anis bin Alwi bin Ali Al-Habsyi. “Habib Anis ini sifatnya suka membantu pemuda yang berdakwah. Istilahnya mengorbitkan. Santri diminta mengisi ceramah di maulidnya Habib Anis, bergiliran dengan penceramah-penceramah yang lain. Kemudian juga kita diberi kesempatan dalam acara-acara yang ada di Zawiyah Riyadh, seperti acara Khataman Bukhari, Rauhah, Khutbah Jumat di masjid Assegaff dan mengisi pengajian di masyarakat setempat,” jelas ayah kepada yang mempunyai tujuh anak ini (empat lelaki, tiga perempuan).
Baru pada tahun 1999, medio Juni, beliau bekerja bersama dengan teman-teman di Solo mendirikan sebuah pondok pesantren yang direstui oleh Habib Anis dan Darul Musthofa Tarim. "Semula menyewa tempat (di kota Solo). Alhamdulillah pada tahun 1999 dibuka dan dihadiri oleh para tokoh-tokoh yang ada di Solo seperti Habib Anis Al-Habsyi dan Ustaz Nadjib As-Seggaf,” katanya.
Setelah dakwah berjalan, pada tahun 1999 ada penderma yang menawarkan untuk membeli tanah wakaf. Beliau kemudian meminta saranan daripada Habib Anis. “Kira-kira, tanah wakaf yang bagus untuk pesantren di bawah Tawangmangu, tapi letaknya di atas Karanganyar,” kata Habib Sholeh menirukan Habib Anis.
Akhirnya, dipilihlah Desa Salam, Kecamatan Karangpandan, Kabupaten Karanganyar sebagai tempat pondok pesantren dibina. Rupanya, pilihan Habib Anis itu memang tepat dan mempunyai maksud yang baik kerana daerah Karangpandan itu berhawa sejuk, “Kalau daerah Tawangmangu terlalu dingin, di Karanganyar itu sudah panas. Jadi tidak perlu selimut kalau malam, dan AC kalau siang. Tempatnya bagus, udaranya sejuk dan nyaman untuk belajar, itu semua berkah dari Habib Anis,” terang Habib Sholeh.
Pada tahun 1999 itu juga, akhirnya beliau boleh membeli tanah dan pembangunan pun dimulakan pada tahun 2000 dan yang meletakkan batu pertama adalah Habib Anis Al-Habsyi, Habib Muhammad bin Alwi As-Seggaf. Setahun berikutnya dibuka oleh Habib Anis dan Habib Umar bin Hafidz.
Sehingga kini, jumlah pelajar yang menetap di Darul Musthofa (Karangpandan), berjumlah 50 orang di dalam dan khoriji (di luar) mempunyai sekitar 300 lelaki dan perempuan. Kurikulum, pendidikan pesantren 95% mengambil kurikulum Darul Musthofa, Tarim. 5% adalah tambahan penyesuaian dengan keadaan di Indonesia.Walaupun Darul Musthofa Karangpandan itu dikira masih baru, tapi kedatangannya mampu memberikan manfaat dan boleh diterima oleh masyarakat.
Hal ini tidak lepas daripada cara pendekatan dakwah yang disebar, yakni membangunkan pola perkongsian dengan masyarakat setempat. “Pesantren ikut serta dalam kegiatan-kegiatan sosial dan keagamaan yang ada di masyarakat, seperti kegiatan khitanan masal setiap tahun, santunan anak yatim, zakat fitrah, Idul Adha, dan kita menerjunkan murid-murid ke masyarakat. Sehingga masyarakat betul-betul merespon,” katanya.
Selain itu, di Darul Musthofa Karangpandan, beliau juga mengadakan pengajian rutin mingguan khusus untuk muslimah. Serta pembacaan Ratibul Haddad pada setiap minggu (tiap Minggu Pon) yang dihadiri oleh masyarakat setempat.
Menurut Habib Sholeh, pasti akan ada cabaran dalam berdakwah di pesantren justeru bukan dari luar, namun secara prinsip cabaran itu pada diri sendiri. “Asal kita punya niat bersungguh-sungguh dan semangat yang istiqamah serta ikhlas. Insyaallah tidak ada tantangan,” katanya.
Dakwah, katanya, haruslah dilandasi dengan prinsip kasih sayang. Bahkan terhadap orang-orang yang memusuhi kita pun, wajib kita sayangi kerana orang-orang yang memusuhi dakwah itu belum memahami. "Terhadap orang yang memusuhi, kita datangi dan kasih hadiah. Dengan adanya silaturahim akhirnya mereka dari memusuhi, paling tidak menjadi pasif. Sampai akhirnya bisa jadi simpatik,” katanya.
Begitulah sedikit sebanyak yang ingin muhajir berikan kepada pembaca-pembaca mengenai al-Habib Sholeh bin Muhammad al-Jufri. Mungkin terdapat kesalahan-kesalahan dalam penterjemahan muhajir yang mungkin pembaca-pembaca tidak memahaminya, namun mohon maaf atas segala kekurangan ilmu dalam penyampaian berkenaan sumber ilmiah ini. Mudah-mudahan dengan kehadiran al-Habib Sholeh bin Muhammad al-Jufri dapat kita mengambil seberapa banyak iktibar dan mencontohi akhlak beliau dalam berdakwah serta mendoakan beliau agar sentiasa dilimpahkan barakah dan rahmah ke atas beliau, wallahu'alam.
Sumber :
[1] https://pecintahabibana.wordpress.com/
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وبارك وسلم والحمدلله رب العالمين